Saturday 22 December 2012

Wujudkah Cara Ajaib untuk Menurunkan Berat Badan???





Untuk menurunkan berat badan, ianya tidak mencukupi dengan hanya mengamalkan tabiat pemakanan yang baik sahaja. AKTIVITI FIZIKAL juga sama pentingnya. Tetapi bagaimana caranya??

Ayuh kita gerakkan badan, jadi aktif dan kekal sihat! =)




Kecergasan dan tahap kesihatan yang baik boleh dikekalkan  walaupun anda tidak berjoging/berlari pada jarak yang jauh ataupun pergi ke gim untuk bersenam setiap hari. Terdapat jenis senaman yang mudah yang boleh membantu meningkatkan kadar denyutan jantung. Ianya dinamakan sebagai senaman kardio!




Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan  adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti sedentari. ianya harus dihadkan sebanyak mungkin.



Anda boleh bermula dengan aktiviti harian seperti naik dan turun tangga dan berjalan kaki ke tempat kerja atau kedai ataupun melakukan sesuatu aktiviti yang anda  minat seperti berkebun. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh membantu anda  untuk bersenam secara betul. Selepas itu, anda boleh beralih secara beransur-ansur kepada aktiviti regangan, berjalan cepat, senam aerobik, menari, dan berenang. Seterusnya, anda boleh teruskan dengan sukan atau permainan seperti badminton and berbasikal dan digalakkan untuk melibatkan seisi keluarga.


             

Sebelum dan selepas senaman, pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan dan menyejukkan badan seperti regangan. Hal ini penting untuk menyediakan anda untuk senaman sederhana dan lasak. Selain itu, senaman memanas dan menyejukkan badan dapat membantu mencegah kecederaan dan kesakitan badan.


ü  Untuk menurunkan berat badan, aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana lebih daripada 30 minit setiap hari adalah disyorkan.

ü  Kira-kira 45-60 minit diperlukan setiap hari untuk mencegah peralihan daripada lebih berat badan kepada obes.

ü  Sejumlah 60-90 minit adalah diperlukan setiap hari untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan penambahan semula berat badan di kalangan individu yang pernah menjadi obes.


Sebaik-baiknya, tetapkan matlamat penurunan berat badan yang realistik, iaitu ½ kg hingga 1 kg seminggu


                                          



Kesimpulannya, aktiviti fizikal telah dibuktikan dapat melanjutkan jangka hayat anda tanpa mengira umur dan saiz badan. Pastikan senaman menjadi rutin harian anda dan teruskan berusaha untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai salah satu agenda penting dalam hidup anda! ;D


3 comments:

assalamualaikum.
saya sekarang cuba untuk berjogging.
tpi masalahnye,
bila saya berada di rumah (rumah saya kawasan kampung)
saya segan nak berjogging. takut dipandang pelik oleh jiran. ada tak cara untuk saya kekal aktif?

waalaikumussalam..
untuk kekal aktif tak semestinya hanya dgn berjogging je
tapi boleh jgk jadi aktif dgn melakukan kerja2 rumah
contohnya, berkebun..
dan..boleh ajak ahli keluarga untuk bersiar2 n berjalan2 di kawasan kampung
main badminton @ berbasikal sekeliling kawasn kampung dalam 30 minit sehari jugak ke..
aktiviti2 mcm ni bukan hanya dpt bntu kita kekal aktif,
tapi merapatkan silaturrahaim sesama ahli keluarga jgk =)

for burn fat in our body, we need to exercise at least 30 minutes continuously...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More