Sayur-sayuran
dan buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, mineral, serat dan bahan yang
menyihatkan badan yang yang dikenali fitokimia.
Untuk
pengetahuan anda, adalah penting anda makan pelbagai jenis buah-buahan dan
sayur-sayuran yang berlainan warna setiap hari (EAT
A RAINBOW). Terdapat pelbagai
jenis fitokimia memberi warrna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran, di samping
kesan antioksidan dan juag pelbagai manfaat yang lain.
Cara
pemilihan sayuran dan buahan penting sebagai pelengkap untuk memenuhi nutrien
yang diperlukan dalam badan. Ia boleh diamalkan oleh individu yang obese untuk
mengamalkan diet atau pemakanan yang sihat disamping pengambilanya dapat
mengurangkan pelabagi penyakit. Dengan cara ini ia boleh membantu individu
tersebut mengurangkan berat badan kerana serat mempercepatkan perut berasa kenyang.
Contohnya, pengambilan buahan sebelum makan dapat mengurangkan jumlah hidangan
yang kita ambil kerana buah-buahan mengandungi serat yang tinggi.
Terdapat 5 warna
sayuran dan buah-buahan:
1.
Kuning/ jingga:
· Buah-buahan dan sayur-sayuran yang
berwarna kuning/jingga adalah kaya debgan beta-karotin (sejenis fitokimia).
Pengambilan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ini dengan banyak dikaitkan
dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata.
·
Contohnya: betik,mangga,oren,lobak
merah,lada besar kuning,ubi keledek dan labu.
2.
Hijau:
·
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang
berwarna hijau juga mengandungi beta-karotin, tetapi ia telah diselaputi satu
pigment berwarna hijau yang dikenali sebagai klorofil yang memenerikan warna
hijau kepada buah-buahan dan sayur-sayuran ini.
· Contohnya fitokimia lain ialah lutein
dan zeaxanthin.
· Contohnya: sayur-sayuran berdaun hijau
(bayam,kangkung,cekor manis),lada besar hijau dan buah kiwi.
3. Merah:
· Kaya dengan lycopene,sejenis karetenoid.
Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitakan pengurangan risiko pelbagai
kanser serta penyakit jantung.
· Contohnya: tomato, lada besar merah,
tembikai dan buah betik.
4. Biru/ungu:
· Kaya dengan fitokimia seperti
anthocyanins. Pengambilan sayur-sayuran berwarna biru dan ungu dikaitkan dengan
pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.
5. Putih:
· Buah-buahan dan sayur-sayuran yang
berwarna putih adalh sumber yang kaya dengan vitamin C, kalium dan serat.
Sayuran berwarna putih seperti bunga kubis dan kubis juga mengandungi fitkomia
seperti idoles.
· Contohnya: jambu batu, pisang, buah pir,
manggis, kubis Cina dan bunga kubis.
0 comments:
Post a Comment