Thursday, 13 December 2012

Apa itu Kalori??

-->






-->
Apabila orang bercakap mengenai kalori yang terkandung dalam makanan, apa yang mereka  maksudkan??
Kalori merupakan satu unit untuk mengukur tetapi ia bukanlah untuk mengukur berat dan juga panjang. Kalori merupakan unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Saintifiknya, kalori adalah jumlah haba yang diperlukan  untuk meningkatkan suhu satu liter air 1 darjah celcius (1.8 degrees Fahrenheit). 
Satu kalori bersamaan dengan  4.184 joules.
Pekara penting yang perlu kita tahu mengenai kalori ialah fikir apa yang kita makan setiap hari, apa yang kalori kita perlukan dan bagaimana hendak mengira kalori.




-->
Berapa banyak kalori yang kita makan setiap hari?
Kalori yang kita makan adalah yang kita perolehi dari makanan dan minuman.
Apabila kita makan makanan yang sudah di packaged ( contoh: frozen, dalam tin, dan yang dimasak dari gerai makanan), cara untuk mengira kalori adalah mudah sebab pengiraan adalah berdasarkan  label fakta pemakanan(Nutrition Facts Label).
 Kalori susah dikira sekiranya kita makan makanan yang tidak mempunyai label pemakanan seperti buah-buahan, atau makan dirumah dan restoran.

Setiap peringkat umur memerlukan jumlah kalori yang berbeza. Jumlah kalori untuk kanak-kanak pada peringkat sekolah boleh dianggarkan antara 1600 hingga 2500. Jumlah kalori pada peringkat ini agak susah untuk mendapat nilai yang sfesifik. Hal ini kerana mereka sangat aktif dalam aktiviti harian.

 Bagi perempuan dan lelaki yang meningkat dewasa, jumlah kalori yang diperlukan adalah berbeza. Dewasa bermaksud lelaki dan wanita yang sudah mencapai akil baligh.

Apabila mencapai tahap dewasa, perempuan memerlukan tenaga yang banyak sebelum mencapai tahap dewasa tetapi rendah jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki.
Tetapi tidak kira lelaki, wanita ataupun kanak-kanak yang aktif dan banyak menjalani aktiviti lasak mereka memerlukan tenaga yang lebih berbanding mereka yang kurang aktif.

Kalori yang diperlukan untuk perempuan dan lelaki mengikut peringkat umur berdasarkan RNI (Recommended Nutrient Intake):




-->
Adakah kalori memberi kesan buruk pada kita?
Sebenarnya kalori tidak memberi kesan buruk pada kita tetapi kita memerlukan kalori sebagai tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Tetapi sekiranya kita makan terlalu banyak kalori dan kalori yang kita ambil tidak digunakan untuk aktiviti harian,  ia boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
Kalori diperolehi melalui pengambilan nutrien dalam setiap hidangan makanan yang kita ambil. Nutrien terbahagi kepada dua iaitu makronutiren and mikronutrien. Hanya makronutrien sahaja yang menyumbangkan kalori pada makanan manakala mikronutrien tidak. Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protein and lemak. Setiap makronutrien mempunyai nilai kalori yang berbeza kepada makanan.

Terdapat berapa banyak kalori didalam setiap gram:
·         Karbohidrat  = 4 kalori
·         Protein           = 4 kalori
·         Fat                 = 9 kalori

Jika kita tahu berapa banyak gram yang kita makan, kita boleh mengira kalori makanan yang kita makan.
Cara pengiraan:          
           
            Gram(g) makanan yang dimakan  x  kalori dalam setiap gram(g) komponen makanan

Contoh: serving size

-->

Obesiti terjadi adalah disebabkan oleh pengambilan kalori yang berlebihan dalam setiap hidangan makanan yang kita ambil. Dan kalori ini tidak digunakan selari dengan aktiviti harian untuk membakar kalori tersebut. Ia juga disebabkan individu tersebut kurang melakukan fizikal aktiviti.

Label Fakta Pemakanan -->?

-->

 Nutrition facts label (label fakta pemakanan) merupakanl abel pemakanan yang terdapat pada makanan. Pada label tersebut kita boleh melihat jumlah kalori, lemak, karbohidrat, protein, sodium dan lain-lain.

Label pemakanan ini boleh digunakan untuk ke kedai, untuk menyediakan makanan dan juga untuk memasak setiap hari. Label ini memudahkan kita untuk mengetahui jumlah nutrient yang kita perlukan dan juga boleh digunakan untuk membandingkan nutrient dalam satu produk dan produk lain.

Label ini juga dapat membantu kita untuk mendapatkan makanan yang mengandungi nutrient yang baik untuk perkembagan tubuh badan. Ia juga salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi untuk mengurangkan berat badan.
Gambar dibawah menunjukkan cara-cara untuk menggunakan nutrition fact label:




 contoh:

-->

Apa yang kalori lakukan?
Sesetengah orang silap mempercayai bahawa kita perlu membakar semua kalori yang telah makan untuk menggelakkan kenaikan berat badan. Semua itu tidak benar sama sekali. Hal ini kerana, kalori yang kita ambil untuk membolehkan badan kita berfungsi: membolehkan jantung berdegup dan paru-paru benafas. Bagi kanak-kanak, kalori diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan digunakan untuk proses tumbesaran.

Berapa banyak kalori yang diperlukan oleh sel-sel badan kita untuk berfungsi dengan baik? Jumlah kalori yang diperlukan oleh seseorang adalah berbeza-beza. Kalori yang digunakan bergantung umur, jantina, tinggi, berat badan dan juga aktiviti harian yang dilakukan.

Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi pengiraan jumlah kalori yang kita gunakan setiap hari iaitu:
·         Kadar metabolisam ketika rehat (BMR: basal metabolic rate)
·         Fizikal aktiviti
·         Thermic effect of food(TEF)

BMR adalah tenaga yang diperlukan oleh badan kira untuk berfungsi semasa rehat. Kira-kira 60-70% kalori yang dibakar termasuklah tenaga yang digunakan untuk jantung berdegup, paru-paru bernafas, buah pinggang berfungsi dan kestabilan suhu badan. Lelaki mempunyai BMR ynag tinggi berbanding wanita.

Fizikal Aktiviti
Fizikal aktiviti adalah aktivit yang kita lakukan bermulanya daripada bangun tidur dan  aktiviti seharain. Fizikal aktiviti menggunakan jumlah kalori yang banyak. Contoh fizikal aktiviti seperti menaiki tangga,menyapu sampah,menggelap cermin dan sebagainya. Semua aktiviti yang kita lakukan akan mempengaruhi jumlah penggunaan kalori harian kita.

Thermic effect of food
TEFadalah jumlah tenaga ynag diperlukan oleh badan kita untuk menguraikan makanan supaya ia mudah diserap oleh badan.
Terdapat istilah empty calories?Apa yang dimaksud kan dengan empty calorie??
Empty calorie adalah nilai kalori makanan yang “kosong”. Empty calorieadalah kalori dari pepejal lemak dan penambahan gula.

Pengambilan kalori perlu cukup dan memenuhi semua nutrient yang kita perlukan dalam badan. Ia penting untuk memastikan proses tumbesaran dan tenaga yang diperlukan oleh badan mencukupi. Nutrient yang cukup juga dapat meggelakkn dari dijangkiti penyakit.

Bagaimana untuk mendapatkan nutrien yang cukup?? Ada caranya iaitu dengan makan dengan cara yang sihat.Pelbagai jenis makanan menyediakan gabungan tenaga dan nutrient yang berbeza. Jadi kita perlu makan makanan berdasarkan pengambilan yang dicadangkan
mengikut Piramid Makanan Malaysia.



--> --> -->
Piramid makanan adalah satu alat visual yang digunakan sebagai guide cara makan yang sihat. Ia digunakan  sebagai guide untuk jenis dan jumlah makanan yang kita perlu makan. 
Piramid makanan ini mengandungi 4 peringkat bagi setiap jenis kumpulan makanan. Untuk setiap kumpulan makanan, terdapat jumlah serving yang dicadangkan untuk diambil seriap hari. Setiap individu perlu makan lebih kumpulan makanan yang terletak dibahagian bawah dan kurangkam makan kumpulan makanan yang berada  dibahagian atas.

Saiz hidangan setiap kumpulan makanan, rujuk kepada jadual di bawah:



 
-->
Rujukan:
2.      Learning about calorie: http://kidshealth.org/kid/nutrition/food/calorie.html



1 comments:

kalau ada tanda "no added msg" tu macam mana ye?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More