Sunday 4 November 2012

Nisbah Pinggang Pinggul


WHR??

 Nisbah pinggang pinggul atau nisbah pinggang ke pinggul (Waist to hip ratio,WHR) ialah nisbah lilitan pinggang ke pinggul. 

Ukuran lilitan diambil dalam centimeter(cm) atau inci. Lilitan pinggang diukur disekeliling bahagian yang sempit antara tulang rusuk dan pinggul apabila dilihat dari depan selepas menghembus nafas.

 Liltan pinggul pula diukur pada bahagian punggung yang maximum besar apabila dilihat dari bahagian sisi.

Cara pengiraan WHR menggunakan formula ini:  
           
                                                           Pinggang (cm)
                                                                                             
                                                              Pinggul (cm)



Gambar menunjukkan kawasan pinggang dan pinggul lelaki dan wanita.




Pita ukur digunakan untuk mengukur lilitan pinggang dan pinggul.


Lilitan pinggang (waist circumference,WC) adalah kaedah yang simple dan ia digunakan untuk menggambarkan taburan lemak dibahagian perut (abdominal fat). Ia sangat berguna untuk orang yang mempunyai BMI yang normal dan mempunai lebih berat badan.

Nilai normal WHR untuk lelaki ialah 1.0 dan untuk wanita ialah 0.85. Sesiapa yang mempunyai BMI > 35kg/m2 tidak perlu ukur WC sebab bacaan BMI tidak memberi apa-apa kesan kerana size badan besar. Bacaan WC untuk wanita dan lelaki:


Jadual 1: Waist circumference cut-off points for increased risk to metabolic diseases

Sources
Men
Women
WHO (1998)
        >94cm (37inci)
>80cm (32inci)
WHO/ISO/IOTF (2000)
>90cm (35inci)
>80cm (32inci)

Nilai WC boleh menentukan sama ada individu  mempunyai bentuk badan epal atau pun pear. Bentuk badan seperti epal biasanya dapat dilihat dalam kalangan lelaki. Lelaki cenderung memiliki banyak lemak dibahagian perut yang dikenali sebagai viseral fat. 

Lemak yang banyak dibahagian perut dikalangan obesiti dikenali sebagai central obesiti. Bentuk badan seperti pear dapat dilihat dalam kalangan wanita, lemak banyak dikawasan punggung berbanding diperut.





1 comments:

thank you for the information! helps me a lot

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More