Wednesday 12 December 2012

Rawatan Obesiti melalui Pembedahan


Rawatan Obesiti melalui Pembedahan



Pembedahan hanya dilakukan kepada pesakit yang mempunyai indeks jisim tubuh melebihi 40 (IJT > 40) setelah pesakit gagal menurunkan berat badan melalui terapi pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan yang disarankan doktor. Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric seperti gastric bypass, gastric banding, duodenal switch, gastric sleeve surgery dan gastroplasty. Tujuan utama pembedahan ini dijalankan adalah untuk mengurangkan berat badan pesakit melalui pengurangan jumlah kalori yang diambil.

Rawatan pemintasan perut (Gastric bypass)
Pemintasan Roux-en-Y (Roux-en-Y bypass) merupakan salah satu kaedah pembedahan pemintasan perut. Semasa pembedahan, satu lubang kecil akan dibuat di bahagian atas perut. Lubang tersebut akan disambung kepada usus kecil jejunum. Dengan kaedah ini, makanan yang dimakan akan disalurkan terus kepada jejunum yang tersebut tanpa melalui kawasan dalam perut. Oleh itu, pesakit akan mudah rasa kenyang. Hal ini menyebabkan pesakit mengambil kadar kalori lebih sikit dan jumlah kalori yang diserap olah tubuh juga sedikit berbanding biasa.



Rawatan ikat perut (Gastric banding)
Pengikat perut (gastric band) berfungsi untuk mengecilkan perut. Prosedur pembedahan ini memerlukan doktor mengikat bahagian atas perut pesakit dengan menggunakan sejenis pengikat (band). Pengikat tersebut akan disuntik dengan saline agar pesakit mudah merasa kenyang apabila makan. Antara salah satu jenis rawatan ikat perut ialah rawatan ikat perut boleh ubah (adjustable gastric banding). Prosedur ini boleh mengembalikan bentuk asal perut mengikut kehendak pesakit. Pengikat yang diikat juga boleh diketatkan atau dilonggarkan mengikut keperluan ketika prosedur pembedahan ini dijalankan.


 
Duodenal switch
Pembedahan menggunakan teknik ini memerlukan dua prosedur. Pertama, doktor akan membuang hampir 85% bahagian perut. Bahagian peut yang tinggal akan kelihatan seperti bentuk pisang. Kemudian, sebahagian besar usus kecil akan dipotong dan dipintas. Hasilnya, banyak kalori dan nutrient tidak akan dicerna oleh tubuh dek sebahagian besar usus kecil yang berfungsi sebagai bahagian utama sistem pencernaan tubuh itu telah dipotong.  Melalui kaedah ini juga, pesakit dapat mengurangkan jumlah kalori yang diambil kerana saiz perut semakin kecil.






Gastric sleeve surgery
Kaedah ini dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah berat badan yang keterlaluan. Bahagian perut pesakit akan dibuang melebihi separuh bahagian. Bahagian perut yang tinggal akan kelihatan seperti bentuk tiub sahaja. Setelah pesakit berjaya menurun berat badan, pesakit akan disarankan untuk melakukan pembedahan pemintasan perut (gastric bypass) atau teknik pembedahan yang lain.




Gastroplasty
Teknik ini juga dikenali sebagai stomach stapling. Antara salah satu teknik pembedahan ini ialah Vertical Banded Gastroplasty (VBG). Melalui teknik ini, staple dan pengikat akan digunakan untuk membentuk perut pesakit kepada saiz yang lebih kecil. Bagaimanapun, kaedah ini jarang digunakan kerana kebanyakan pesakit yang menggunakan kaedah ini kembali kepada berat badan asal.

 



Rujukan

1.      Types of Obesity Surgery. Downloaded from http://www.ehow.com/about_5152967_types-obesity-surgery.html#ixzz2D6khKipH on 27/11/2012


2 comments:

Boleh saya, tanya.. Apakah kesemua kaedah ini mempunyai side effect yg berbahaya kpd pesakit, dan ada peratusan x pesakit mengalami pendarahan dalaman perut apabila mngkin ada kesilapan teknikal berlaku semasa pembedahan di jalan kn... Terima kasih ye..

Ada permanent side effect tak...berat badan saya naik turun mcm yoyo..boleh kenklu plan nak buat sugeri ni

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More