Adakah anda ingin mengetahui
mengenai mitos-mitos diet yang sering kita dengar pada hari ini yang dikatakan
mampu menguruskan badan anda?? Beberapa mitos akan dibincangkan di bawah dan
mungkin ada di antaranya anda percaya dan sedang mengamalkannya ataupun mungkin
anda pernah mendengarnya daripada daripada kawan anda ataupun orang lain.
Mitos 1: Kentang, roti, pasta dan nasi (makanan tinggi karbohidrat)
adalah menggemukkan
Fakta: Makanan tinggi karbohidrat
dikatakan menggemukkan hasil daripada kejayaan beberapa diet fad seperti diet
Atkin yang mengutamakan makanan yang rendah karbohidrat. Walau bagaimanapun,
tiada bukti yang mengatakan bahawa makanan kaya dengan karbohidrat menggalakkan
peningkatan berat badan. Faktor utama ialah lebihan kalori yang kita makan
pada setiap hari yang menyumbang kepada peningkatan tersebut dan bukannya disebabkan oleh pemakanan karbohidrat. Selain itu,
tambahan lemak yang dimakan bersama karbohidrat seperti roti bersama mentega
dan kentang goreng bersama sos keju turut terlibat dalam lebihan kalori di
dalam makanan seharian kita.
Tip diet: Makanan tinggi serat (fibre) seperti roti bijian penuh, beras perang dan oat merupakan pilihan terbaik bagi
menggantikan makanan yang rendah fibre seperti roti putih kerana ia membantu
anda berasa kenyang dengan lebih lama. Dengan ini, ia dapat mengurangkan
pengambilan makanan dalam jangka masa yang lama.
Mitos 2: Gen gemuk boleh diwarisi
Fakta: Saintis dapat mengenal
pasti bahawa seseorang yang mengalami masalah kegemukan mungkin disebabkan oleh
masalah genetik tetapai kenyataan ini hanya terbukti kepada sejumlah orang yang
kecil sahaja. Walaupun gen ini turut memainkan peranan dalam menyebabkan
seseorang itu mengalami masalah kegemukan namun para pakar tidak dapat mengenal
pasti penyebab sebenar kepada peningkatan pesat masalah obesiti pada zaman
sekarang. Masalah genetik mungkin turut menyumbang kepada masalah ini namun
anak-anak bukan sahaja mewarisi genetik tersebut tetapi turut mewarisi
pemakanan yang tidak sihat serta kurang aktiviti fizikal daripada ibu bapa
mereka. Disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat ini, masalah obesiti terus
meningkat dengan banyak.
Tip diet: Membuat perubahan
terhadap gaya hidup seperti selalu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang
sihat mengikut yang disarankan oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia (MDG 2010)
merupakan langkah penting dalam menurunkan statistik obesiti dalam kalangan
rakyat Malaysia. Perubahan ini lebih baik jika dilakukan bersama ahli keluarga
berbanding melakukannya sendirian.
Mitos 3: Berdiet tidak membantu dalam menguruskan badan
Fakta: Pada dasarnya,
mengurangkan pengambilan kalori daripada apa yang badan kita perlukan dapat
membantu mambakar lemak yang terkumpul di dalam badan seterusnya mengurangkan
berat badan. Namun, diet yang ekstrem seperti menyekat pengambilan makanan
kegemaran, mengambil sedikit makanan selain mengambil makanan yang sangat
rendah kalori hanya menyebabkan anda berasa lapar. Lama kelamaan, anda akan
berputus asa untuk meneruskan diet tersebut disebabkan banyak sekatan yang
terpaksa dilakukan. Akhirnya, anda akan memberitahu anda sendiri bahawa diet
tersebut tidak menjadi.
Tip diet: Diet yang seimbang
sangat berguna kerana ia membolehkan anda menikmati pelbagai jenis makanan
kegemaran anda asalkan anda tahu had-had yang ditetapkan seperti mengurangkan
makanan yang tinggi lemak tepu, lemak trans serta tinggi gula. Di samping itu,
anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan tidak lebih daripada 0.1-1.0
kg seminggu untuk mendapatkan berat secara sihat. Ia dapat dilaksanakan dengan
megurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kalori sehari.
Mitos 4: Diet vegetarian dapat membantu menurunkan berat badan
Fakta: Diet vegetarian terdiri
daripada rendah kalori, kurang lemak dan tinggi serat. Walau bagaimanapun, jika
diet ini tidak dirancang dengan betul, ia mungkin terdiri daripada lemak dan
kalori yang tinggi seperti mereka yang memakan daging. Ini kerana, mereka yang
mengamalkan diet vegetarian ini akan memakan kentang goreng, kek, gula-gula,
coklat, biskut dan makanan bergoreng yang ternyata mengandungi banyak lemak
dan kalori.
Tip diet: Tidak kisah sekiranya
anda merupakan pengamal diet vegetarian ataupun tidak, yang penting sekali anda
mestilah mengikuti panduan pemakanan yang sihat
iaitu mengamalkan makanan yang tinggi serat, rendah kandungan lemak
seperti kekacang dan soya serta memastikan makanan yang berlemak dan bergula dalam
kuantiti yang minimum.
Mitos 5: Teh hijau membantu mengurangkan berat badan
Fakta: Dipercayai bahawa teh
hijau mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh. Oleh itu, ia mempercepatkan
proses pembakaran lemak dan menggalakkan penurunan berat. Walau bagaimanapun,
kesannya adalah begitu kecil dan kebarangkalian untuk menyebabkan penurunan
berat tidak dapat dikenal pasti.
Tip diet: Bagi mereka yang suka
minum teh hijau ini masih dapat meneruskan pengamalannya tetapi tidak dicampur
susu atau gula untuk dijadikan sebagai minuman yang berkhasiat. Jangan bergantung kepada
pengamalan teh hijau sahaja untuk menurunkan berat badan.
Mitos 6: Diet yang tinggi protein atau rendah karbohidrat adalah cara
terbaik untuk menghilangkan berat badan
Fakta: Diet tinggi protein/rendah
karbohidrat termasuk daging, ayam, telur dan mentega dalam jumlah yang banyak
selain mengehadkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti bijirin, kekacang,
buah-buahan, nasi, kentang dan sayuran berkanji. Diet ini terhasil berdasarkan
teori bahawa sekiranya anda mengambil sedikit makanan berkarbohidrat, badan
akan membakar simpanan tenaga/karbohidrat (glycogen) serta lemak. Dengan ini,
anda dapat mengurangkan berat yang berlebihan. Hakikatnya, diet ini hanya
menyebabkan anda kehilangan berat daripada air yang hilang dari dalam badan dan
bukannya daripada lemak. Selain itu, ketone yang terbentuk akan terkumpul di
dalam saluran darah dan seterusnya menyebabkan dehidrasi, pening kepala,
muntah, kepenatan, lemah dan nafas yang berbau. Di samping itu, anda juga akan
kekurangan vitamin dan mineral disebabkan oleh kurangnya pengambilan bijirin
penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kesan diet merupakan penyebab penyakit
gout, kurangnya simpanan kalsium serta pengumpulan lemak di dalam badan yang menjadi kebimbangan selain kajian yang menunjukkan bahawa diet ini tidak mampu
bertahan untuk jangka masa yang lama. Akibatnya, anda akan kembali kepada berat
yang asal atau mungkin lebih dari yang sebelumnya.
Tip diet: Yang penting untuk
seseorang itu adalah untuk mengamalkan diet yang sihat dan seimbang selain
selau bersenam atau melakukan aktiviti fizikal secara kerap supaya dapat
menurunkan berat kepada berat yang ideal dan dapat mengekalkan berat tersebut
untuk jangka masa yang lama. Jangan terpengaruh dengan diet fad yang tidak
diketahui tentang kebaikan dan keburukan yang sepatutnya.
Mitos 7: Hanya makanan yang rendah lemak sepatutnya diamalkan untuk
kurus
Low fat diet by USDA
Fakta: Lemak adalah nutrient yang
mengandungi kalori yang padat (1 gram lemak mengandungi 9 kilokalori). Ia amat
digalakkan untuk mengurangkan pengambilan lemak tetapi ia bukan satu-satunya
jalan untuk menguruskan badan. Lemak amat membantu untuk memberi rasa dan
kepuasan kepada anda apabila makan sesuatu makanan seperti ayam sambal atau
ayam masak lemak cili api. Disebabkan minyak dan santan yang digunakan di dalam
masakan inilah yang menambahkan kesedapan sesuatu makanan berbanding makanan
yang yang tidak dicampur dengan lemak. Walaupun anda makan makanan yang rendah
lemak, anda mungkin menambah gula ataupun perisa tambahan yang akibatnya
pertambahan kalori di dalam sesebuah makanan.
Tip diet: Anda mestilah sentiasa
rajin label makanan dan hanya memilih makanan yang mengandungi kurang kalori.
Selain itu, anda masih boleh menggunakan minyak masak ataupun santan dalam
penyediaan makanan anda tetapi untuk menyediakan makanan yang sihat anda
mengubah cara masakan ataupun menukar minyak yang digunakan daripada minyak
sawit kepada minyak zaitun manakala santan boleh digantikan kepada susu sejat.
Mitos 8: Kobis dan limau gedang dapat membantu membakar lemak di dalam
badan
Fakta: Fad diet iaitu diet sup kobis dan diet limau gedang yang dikatakan
dapat menurunkan berat badan dengan memakan makanan ini dalam kuantiti yang
banyak. Untuk pengetahuan, tiada satu makanan pun yang mampu membakar lemak.
Kafein mungkin dapat membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh (kadar yang
menunjukkan badan meggunakan kalori) untuk jangka masa yang pendek tetapi ia
tidak cukup memberi impak dalam menurunkan berat dengan berkesan.
Tip diet: Kaedah terbaik untuk
menurunkan berat adalah dengan mengamalkan makanan yang seimbang serta
banyakkan bersenam.
Rujukan:
Rujukan:
1.
Dieting myths uncovered
2.
Myths and facts about dieting for weight loss
0 comments:
Post a Comment