Di dalam dunia yang serba moden ini,
orang ramai telah mula sedar tentang perlunya menjaga kesihatan dan berat
badan. Namun ramai orang mengambil jalan mudah untuk menguruskan berta badan
dengan mengikuti pelbagai diet fad yang telah tumbuh seperti cendawan dan mudah
didapati dengan kemudahan teknologi yang ada sekarang seperti internet yang memudahkan orang
ramai mengakses maklumat mengenai diet fad tanpa mengetahui kebaikan dan
keburukannya secara terperinci dan mendapat bantuan daripada yang pakar. Di bawah
disenaraikan beberapa diet fad yang terdapat di dunia ini dan diharap dapat
membantu anda membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memilih untuk
mengamalkan diet tersebut.
Diet
fad
|
Penerangan
|
Diet HCG
|
Pengamal perlu
mengurangkan pengambilan makanan hanya 500 kalori berbanding yang disarankan,
minimum pengurangan tenaga hanya 1200 kalori. Pengamal juga perlu mengambil
suntikan hormon choriogonadotropin (HCG)
yang dikatakan membantu penguranagn berat badan. FDA hanya membenarkan
suntikan inikepada wanita yang mengalami masalah kesuburan sahaja dan bukan
untuk kurangkan berat.
|
Diet Atkin
|
Terdiri daripada diet
yang tinggi protein dan lemak serta carbohydrate yang sangat rendah. Ia juga
dipanggil diet ketogenic disebabkan ketone yang terkumpul dihasilkan oleh
pencernaan lemak. Mengamalkan diet ini dalam jangka masa panjang akan
menyebabkan beberapa kesan negatif seperti penyakit jantung, kanser, batu
karang dan macam lagi.
|
Diet Dukan
|
Diet yang rendah
kalori dan tinggi lemak. Beberapa makanan sihat buah-buahan, bijian dan
kekacang mesti disekat pemakanan namun daging, ayam, telur, soya dan hasil
tenusu sangat digalakkan disebabkan kandungan protein yang tinggi. Pesakit
gout, tinggi kolestrol, penyakit buah pinggang dan masalah pemakanan tidak
digalakkan untuk mengamalkan diet ini.
|
Diet Mayo Clinic
|
Tertumpu kepada
makanan yang rendah kalori. Ia amat membantu dalam menjaga kesihatan dalam
jangka masa panjang tetapi diet ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang
bukan vegetarian kerana pengamal tidak boleh makan daging dan ayam selain
menggalakan buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa had juga ketika snacking.
|
Diet South Beach
|
Tujuan asal diet ini
ialah untuk mereka yang mempunyai penyakit jantung namun turut diamalkan oleh
mereka yang ingin menurutkan berat. Makanan yang disarankan mengikut indek
glycaemik (GI) selain membahagikan karbohidrat kepada baik dan jahat.
Mengurangkan karbohidrat jahat membantu badan memetabolismakan makanan dengan
berkesan selain mengurangkan berat. Ia tidak digalakkan untuk mereka yang
tidak boleh makan hasil tenusu kerana kacang soya turut disekat pada fasa
yang pertama (2 minggu pertama).
|
Diet Mediterranean
|
Diamalkan oleh mereka
yang tinggal di kawasan Mediteranean seperti Negara Itali, Greece, Perancis,
Portugal, Sepanyol, Utara Afrika serta kawasan Timur Tengah. Pengamal
digalakkan memakan minyak zaitun, tumbuhan tempatan yang segar dan tidak
diproses (buah, sayur, bijian, kekacang, roti bijian penuh) dan air. Diet ini
mungkin susah diamalkan kerana sumber yang susah didapati seperti minyak zaitun
berbanding negara di atas yang mana buah zaitun boleh didapati di mana-mana
sahaja.
|
Diet Flat Belly
|
Fokus kepada mereka
yang ingin menghilangkan lemak di bahagian perut dengan mengurangkan
pengambilan lemak tepu dan menggantikannya dengan lemak mono tak tepu (MUFA)
yang lebih sihat. Pengamal mestilah menagamalkan diet Mediterannean sebanyak
1600 kalori. Namun, diet ini hanya tertumpu kepada pengambilan MUFA selain
tidak menggalakkan bersenam untuk menurunkan berat. Selain itu, terdapat kurang penyelidikan
mengenai “air sassy” yang disyorkan di dalam diet ini.
|
Diet Weight Watcher
|
Menggalakkan diet
yang rendah kalori. Pilihan makanan terdiri daripada senarai sistem
pertukaran makanan yang dihasilkan oleh perbadanan Weight Watcher yang
menentukan sesuatu nilai makanan tersebut. Pengiraan kalori/mata mempuyai
limit yang tersendiri selain mengambil masa yang banyak untuk mengira setiap
makanan yang dimakan. Pengamal juga perlu menghadiri kelas yang dijalankan
oleh pihak Weight Watcher dan ia melibatkan kos yang tinggi.
|
Diet Zone
|
Karbohidrat, protein
dan lemak hendaklah dibahagikan mengikut nisbah 40:30:30 (40% karbohidrat, 30% protein, 30% lemak) dan tidak membiarkan perut kosong (tidak makan) melebihi 4-5 jam . Nisbah ini terpakai untuk semua waktu makan. Pengamal mestilah mengamalkan makanan yang
digalakkan dan meninggalkan makanan yang tidak digalakkan di dalam setiap
kategori (Karbohidrat, protein, lemak). Diet ini mengesyorkan makanan yang tinggi protein,
lemak dan kolestrol.
|
Diet Paleolitik
|
Berdasarkan diet pada
zaman sebelum prasejarah iaitu tumbuhan yang tumbuh secara organik dan haiwan yang meragut rumput sahaja kerana dikatakan mengandungi lebih omega 3 berbanding yang diberi makan bijirin selain tidak menggunakan perisa tambahan serta elak daripada
memakan bijirin, kentang dan kekacang kerana mengandungi nutrien anti (alpha-amylase inhibitors, protease
inhibitors) serta toksin yang hanya boleh dihapuskan oleh suhu yang tinggi.
Walaubagaimanapun, diet ini menyekat hasil tenusu dan menyebabkan kurang kalsium diserap oleh tubuh.
|
0 comments:
Post a Comment