Friday 21 December 2012

Makan di Luar Secara Sihat???





“Saya sibuk. Tak sempat masak di rumah.”
“Makan di luar senang, cepat, mudah..”
“Banyak pilihan tersedia..”
“Tak perlu bazir masa untuk memasak..”

Kata-kata di atas merupakan antara jawapan yang sering diberikan  apabila  di tanya mengapa makan di luar menjadi pilihan utama berbanding dengan makan makanan yang dimasak  sendiri di rumah.  Malah, kajian  ada menunjukkan, pengambilan makan di luar meningkat seiring dengan peningkatan pendapatan isi rumah. Tambahan pula, negara kita Malaysia sendiri merupakan  syurga makanan dengan pelbagai pilihan tersedia daripada etnik yang berbeza. Hal ini memudahkan serta meningkatkan lagi pilihan untuk makan di luar.

Persoalannya, selamatkah makan di luar? Adakah cara untuk makan secara sihat dan bijak di luar?

Hakikatnya, makan secara sihat di luar bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat pilihan makanan secara bijak dan mengunjungi tempat-tempat yang membolehkan minta makanan yang lebih sihat dan rendah lemak.

Tip-tip makan secara sihat di luar

ü  Pilih makanan yang dikukus, dipanggang, dibakar atau direbus. Kurangkan pemilihan makanan yang digoreng.
ü  Ketika memesan makanan, pesan supaya makanan yang disediakan lebih sihat seperti kurang garam, kurang minyak, kurang gula dalam minuman dan lebih sayur-sayuran.
ü  Jangan terpedaya dengan gimik “menjimatkan wang”. Pilih saiz hidangan yang “kecil” atau “sederhana”. Sekiranya saiz hidangan “besar”, anda boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan anda.

Contoh pemilihan makanan di luar

Jenis masakan
Tip-tip sihat
Pilih kurang kerap
Pilih lebih kerap
Melayu
ü  Elakkan makanan yang dimasak   dengan banyak santan. Contoh: rendang, masak lemak.
ü  Pilh masak pindang, asam pedas, sup tomyam.
ü  Elakkan lauk goreng. Pilih yang dibakar atau yang di panggang.
Nasi goreng paprik
Nasi putih paprik
Mi kari
Asam laksa
Ikan goreng
Ikan bakar
Pisang goreng
Buah pisang
Kuih seri muka
Pau kukus kacang merah
India
ü  Elakkan makanan yang dimasak dengan minayk berlebihan atau minyak sapi.
ü  Elakkan minuman yang mengandungi susu pekat atau gula berlebihan.
Roti canai dengan kuah dhal
Tosai biasa dengan kuah dhal
Nasi biryani (dimasak dengan minyak sapi) + lauk
Nasi putih + lauk + sayur
Vadai
Putu mayam
Ayam goreng
Ayam tandoori
Cina
ü  Elakkan makanan yang dimasak dengan minyak yang berlebihan
ü  Pilih lauk yang dikukus atau yang di panggang dan bukan yang digoreng.
Nasi ayam dengan ayam goreng
Nasi ayam dengan ayam kukus & pak choy
Kuih-teow goreng
Kuih-teow sup
Wantan goreng, yong tau fu goreng
Wantan dalam sup, yong tau fu dalam sup
Char Kuey
Popiah basah
Barat
ü  Pilih makanan yang disediakan dengan kuah berasaskan tomato, dan bukannya berkrim.
ü  Pilih buah-buahan segar berbanding kek, dan manisan yang berkalori tinggi sebagai pencuci mulut
Ikan goreng + kentang goreng (fish and chips)
Ikan panggang + kentang bakar
Burger ayam + kentang goreng
Sandwic tuna
Spageti carbonara (sos krim putih)
Spageti marinara (tomato dan makanan laut)
Donut
Bun sardin


Kesimpulannya, makan di luar selamat, dengan syarat anda membuat pilihan makanan secara bijak dan sihat dengan mengamalkan tiga prinsip utama makan secara sihat iaitu makan secara seimbang, sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More