Sunday, 4 November 2012

Klasifikasi Berat Badan mengikut Indeks Jisim Tubuh

 BMI??


BMI (Boday Mass Index) = indeks jisim tubuh, adalah ukuran berat badan selaras dengan ketinggian. Untuk mengukur BMI kita perlu mengukur berat badan (kg) dan tinggi (meter) terlebih dahulu.Kemudian masukkan nilai tersebut ke dalam formula.

 Cara pengiraan BMI adalah:
berat (kg)
tinggi(meter) x tinggi (meter)


Alat untuk menimbang berat badan


Set alat mengukur berat badan & tinggi


KENAPA guna BMI???


  BMI adalah kaedah yang mudah digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan bukan mengukur lemak yang berlebihan dalam badan.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa bacaan BMI dapat berhubung kait antara lemak badan dan risiko tahap kesihatan seseorang pada masa hadapan.

  BMI yang tinggi menunjukkan kaitan penyakit dan kematian pada masa hadapan.  BMI juga ukuran yang tepat untuk melihat saringan untuk obesiti dan tahap risiko kesihatan seseorang.


APAKAH klasifikasi BMI ANDA?

Jadual 1: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa mengikut indeks jisim tubuh (BMI). (International Classification).
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 24.9
Lebih berat badan
>25
Pre-obese
25.0 – 29.9
Obese kelas I
30.0 – 34.9
Obese kelas II
35.0 – 39.9
Obese kelas III
>40
sumber: World health Organization (WHO), 1998

Jadual 2: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa Asia mengikut indeks jisim tubuh(BMI)
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 22.9
Lebih berat badan
>23
Risiko
23.0 – 24.9
Obese kelas I
25.9 – 29.9
Obese kelas I
>30
                        Sumber: WHO/IASO/ IOTF, 2000


BMI untuk KANAK-KANAK...

            BMI juga digunakan untuk mengukur berat selaras dengan ketinggian untuk kanak-kanak. Namun, ada juga beberapa pekara yang perlu diambil kira kerana terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan BMI untuk kanak-kanak. Ketinggian, tahap kematangan seksual adalah faktor yang mempengaruhi BMI dan lemak badan dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, ketepatan bacaan BMI berbeza-beza mengikut lemak badan seseorang kanak-kanak.

            BMI untuk kanak-kanak dikira dengan menggunakan cara yang sama seperti mengira BMI untuk orang dewasa. Tetapi cara untuk mentafsir bacaan BMI adalah berbeza. Untuk orang dewasa, klasifikasi BMI tidak bergantung kepada umur dan jantita. Tetapi BMI untuk kanan-kanak dan remaja diantara umur 2 hingga 20 tahun ditafsir mengikut umur dan jantina kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana jumlah lemak badan berubah mengikut peringkat umur dan juga berbeza dari segi jantina.

            Terdapat specific percentile untuk umur dan jantina dan diklasifikasikan untuk yang redah berat badan (underweight), berat badan sihat (healthy weight), lebih berat badan (overweight), dan kanak-kanak obese. BMI untuk umur menentukan kedudukan bacaan relatif BMI bagi kanak-kanak mengikut umur dan jantina. Kategori BMI untuk umur selaras dengan percentile adalah:


Percentile Ranking
Weight Status
Less than 5th percentile
Underweight
5th percentile to less than 85th percentile
Healthy weight
85th percentile to less than 95th percentile
Overweight
Equal to or greater than the 95th percentile
Obese

Graf 1: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.


Graf 2: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.


ISU-ISU penting???

        Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa menggunakan BMI untuk golongan dewasa. Hal ini kerana, BMI dianggap mengukur lebihan lemak dalam badan, walhal BMI digunakan untuk mengukur lebihan berat badan. Faktor dari segi umur, jantina, etnik, dan juga jisim otot boleh mempengaruhi hubung kait antara BMI dan lemak badan. BMI tidak boleh membezakan antara lebihan lemak,otot atau pun jisim tulang dan ia juga tidak memberikan apa-apa petunjuk untuk taburan lemak dalam badan seseorang.

Terdapat beberapa contoh yang menunjukan bagaimana pekara yang boleh menpengaruhi bacaan BMI untuk orang dewasa:

  •  Orang tua cenderung untuk mempunyai lebih lemak badan daripada orang muda walaupun mereka menpunyai nilai BMI yang sama.
  • Wanita mempunyai lebih banyak jumlah keseluruhan lemak dalam badan berbanding lelaki walaupun mereka mempunyai nilai BMI yang sama. 
  • Individu yang berotot atau pun atlet yang terlatih mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan mereka mempunyai jisim otot yang tinggi.





Contoh gambar diatas menunjukan perbandingan antara individu yang mempunyai nilai BMI yang sama, tetapi  individu tersebut mempunyai peratus lemak badan yang berbeza.

Terdapat beberapa contoh yang menunjukan bagaimana pekara yang boleh menpengaruhi bacaan BMI untuk  kanak-kanak:

  •     Untuk kanak-kanak yang obesiti (atau BMI untuk umur lebih besar atau sama 95th percentile), BMI adalah kaedah yang baik untuk mengukur lemak yang berlebihan. 
  •  Walau bagaimana pun, untuk kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan (atau BMI untk umur antara 85th dan 94th percentile), mempunyai BMI yang tinggi mungkin disebabkan sama ada ketinggian kandungan lemak atau pun jisim lemak bebas (fat-free mass).
  •  Begitu juga untuk kanak-kanak yang kurus. Perbezaan BMI kebiasaannya disebabkan oleh perbezaan dalam jisim lemak bebas.









1 comments:

Syukur masih lg dalam bmi yg sepatutnya

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More