Friday 2 November 2012

Obesiti oh Obesiti..




M
asalah lebih berat badan dan obesiti di peringkat dunia dianggarkan melebihi 1.1 billion. Penyakit kronik ini tidak hanya berlaku di negara-negara maju malahan negara-negara yang membangun. Di Malaysia, masalah ini lebih serius berbanding negara-negara Asia lain.

Obesiti???

Obesiti boleh dimaksudkan sebagai lebihan lemak yang terkumpul dalam tisu lemak sehingga menyebabkan kesihatan seseorang terjejas. Bagaimanapun, individu yang obes tidak hanya dibezakan mengikut jumlah lemak yang berlebihan tetapi juga mengikut kedudukan lemak yang terkumpul didalam badan. Semestinya, lemak yang berlebihan di kawasan abdomen adalah paling berisiko tinggi untuk mendapat penyakit (WHO 1998).

Pengumpulan lemak pada bahagian abdomen berisiko tinggi untuk pelbagai penyakit

Kelaziman obesiti: Dulu dan Sekarang

Melalui Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS II) yang dilakukan pada tahun 1996, 16.6 daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah lebih berat badan dan 4.4% mengalami obesiti.

Seterusnya, kajian NHMS  II pada tahun 2006 pula mengesahkan 29% adalah lebih berat badan dan 14% adalah obes.

Hal ini menunjukkan kelaziman obesiti makin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia.

Terbaru, kajian yang dijalankan pada tahun 2011 yang lalu, kekerapan obesiti adalah 19.5%. Lebih banyak wanita yang mengalami obesiti (22.5%) berbanding lelaki (14.1%). Kaum India mencatatkan jumlah paling banyak obesiti (24.6%) diikuti kaum Melayu (23.2%) dan kaum China paling sedikit (8.2%).

Secara purata,
2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai lebih berat badan atau obes!



Kanak-kanak pun obes ke??



Ya, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga turut bertambah. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada orang dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak.

Kajian yang dijalankan di sekolah kawasan Lembah Klang, kelaziman obesiti dalam kalangan remaja lelaki bertambah daripada 1% pada tahun 1990 kepada 6% pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, kelaziman obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 tahun adalah sebanyak 6.6% dan 13.5% dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun.

Manakala pada tahun 2011, kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar darjah 4, 5 dan 6 di 65 buah sekolah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan 17.9% adalah lebih berat badan dan 16.0% pula adalah obes.


Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2015 kelak, lebih ramai manusia mati akibat masalah kegemukan berbanding masalah kelaparan.




Jadi, buat semua, ayuh kita sama-sama berusaha ke arah berat badan yang ideal. Turunkan berat badan untuk kepentingan diri sendiri, agama, bangsa dan negara Kita boleh!! J



Rujukan
WHO. (1998). Obesity: Preventing and managing the global epidemic. Report of a WHO
Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation.

Mohamud WN (2011). Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an update. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition.  2011;20(1):35-41.

Fatimah A (2001). The effectiveness of childhood obesity intervention program and the psychosocial factors involved in maintaining weight changes in urban areas. Prosiding Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Awam 2001. Kuala Lumpur, 25 – 26 October 2001: 654-659.

Ismail MN & Tan CL (1998). Prevalence of obesity in Malaysia. Country report at the
Regional Advisory Board meeting on obesity, Manila, Phillipines.

Serene Ting EH, Shamarina S, Mohd Nasir MT (2011).  Familial and Socio-environmental Predictions of Overweight and Obesity among Primary School Children in Selangor and Kuala Lumpur.  Mal J Nutr.  17(2): 151-162.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More