Saturday, 15 December 2012

Biar Lambat Asal Selamat


  •          Hilangkan 5 kilo dalam 10 hari!
  •          Makan sebanyak yang anda mahu – dan masih hilang berat!
  •          Kurang satu saiz setiap hari!
  •          Turunkan berat tanpa perlu berdiet!

Petikan-petikan diatas merupakan antara janji yang oleh produk pelansingan badan dan fad diet (diet bermusim atau diet kegilaan). Tetapi adakah produk dan fad diet ini benar-benar memberikan penurunan berat badan yang cepat dan selamat untuk dipraktikkan?
Penurunan berat badan yang cepat memberikan tekanan kepada tubuh badan. Antara risiko termasuk:
  • Batu dalam hempedu, berlaku dalam 12% hingga 25% orang yang kehilangan sejumlah besar berat dalam masa beberapa bulan
  •  Dehidrasi, boleh dielakkan dengan meminum air yang secukupnya
  •  Kekurangan zat, biasanya disebabkan oleh kurang pengambilan protein dalm masa seminggu
  • Ketidakseimbangan elektrolite

Kesan sampingan lain disebabkan oleh penurunan berat badan mendadak termasuk:
  •          Sakit kepala
  •          Keletihan
  •          Pening
  •          Sembelit
  •          Kitaran haid tidak menentu
  •          Keguguran rambut
  •          Kehilangan otot


Oleh itu, program penurunan berat badan seharusnya merangkumi cara hidup yang sihat dengan perubahan sikap untuk mendapat perubahan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhannya. Tetapkan sasaran yang realistik tentang tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan perubahan sikap yang berterusan. Menurut Persatuan Dietetik Amerika (ADA), kadar penurunan berat badan yang ideal dan selamat ialah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram setiap minggu. Persoalannya ialah, bagaimana untuk menghilangkan 0.5 kilogram dari berat badan kita?  




Imbangan tenaga negatif adalah faktor terpenting yang mempengaruhi kadar dan jumlah pengurangan berat. Saranan pertama dalam merawat obesiti ialah pengurangan pengambilan tenaga (kalori). Dalam erti kata lain, tenaga yang msuk perlulah rendah dari tenaga yang keluar.


Tenaga masuk  < Tenaga keluar

Tenaga masuk ialah tenaga yang didapati daripada pengambilan makanan. 1 g karbohidrat memberikan 4 kcal tenaga, 1 gram protein memberikan 4 kcal tenaga dan 1 g lemak memberikan 9 kcal tenaga. Tenaga keluar ialah tenaga yg digunakan oleh tubuh untuk melakukan segala aktiviti fisiologi didalam tubuh (Contoh: bernafas) atau digunakan ketika melakukan sesuatu kerja.
Tetapi,
Lemak yang ada di dalam badan tidak sama dengan lemak yang terdapat di dalam makanan. Lemak yang terdapat dalam makanan adalah lemak tulen manakala lemak di dalam badan kita atau lebih dikenali sebagai tisu lemak bukan sahaja mngandungi lemak, tapi ia juga mengandungi bahan-bahan lain seperti protein, tisu penghubung dan air. Jadi, 1 g tisu lemak hanya menyimpan 7.7 kcal tenaga berbanding 9 kcal tenaga untuk lemak tulen.
Jadi
7.7 kcal x 1 pound (454g) lemak = 3495kcal
Pengurangan 500kcal/hari  X 7 hari = 3500 kcal
Oleh itu, pengurangan  3500kcal seminggu akan mengurangkan hampir ½ kg lemak dalam badan.  




Contoh
Nabila: Berat = 80 kg, Tinggi 165 cm, Umur = 24 thn, Energy Requirement,ER= 1928 kcal/day (keperluan tenaga setiap hari dikira menggunakan kalkulator di kanan blog), BMR= 1607 kcal/day.
Untuk mengurangkan 0.5 kg setiap minggu, Nabila perlu mengurangkan 500 kcal setiap hari dari ER. Oleh itu, setiap hari jumlah tenaga (diukur menggunakan kalori) adalah 1928kcal – 500kcal= 1428 kcal setiap hari. Apabila badan kekurangan sebanyak 500 kcal tenaga untuk digunakan, proses pemecahan lemak akan berlaku. Hal ini kerana apabila tubuh tidak mempunyai cukup tenaga untuk digunakan, salah satu alternatif untuk mendapatkan tenaga ialah dengan menggunakan simpanan lemak yang terdapat di dalam tubuh. Apabila lemak digunakan, maka pengurangan berat badan akan berlaku.


Turun berat 0-1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah lemak* (Untung)
Turun berat 1kg / 1 minggu = 50% lemak, 50% otot
Turun berat lebih 1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah otot (Rugi)


Pengurangan berat badan yang SEDIKIT namun KONSISTEN adaalah jauh lebih baik daripada pengurangan berat yang BANYAK secara MENDADAK dan hanya bertahan untuk seketika. Individu yang mengalami penguranagan berat secara mendadak dalam masa yang singkat juga mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk balik semula ke berat asal dan mungkin lebih teruk lagi berlakunya penambahan berat. Oleh itu, pengurangan berat yang sedikit dan konsisten adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat.     

Atlas makanan: saiz pertukaran & porsi, Suzana Shahar, MDC Publishers, 2009





0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More