Untuk mengurangkan pengambilan kalori, dua tips mudah
yang harus diamalkan ialah:
i. Mengurangkan pengambilan minuman manis
ii. Mengurangkan pengambilan makanan bergoreng
ii. Mengurangkan pengambilan makanan bergoreng
Hal ini kerana, minuman yang manis mengandungi kalori.
Sebagai contoh, segelas teh ais
yang dibancuh menggunakan 3 sudu susu pekat
manis mengandungi 90kcal. segelas teh ais
membekalkan jumlah tenaga yang lebih
kurang sama dengan 1 biji pisang berangan, 1
potong buah tembikai susu, dan 1
biji limau manis. Walaupun jumlah tenaga ynag
dibekalkan adalah sama, namun
jumlah nutrien yang terdapat didalam buah adalah jauh
lebih tinggi jika
dibandingkan dengan segelas teh ais. Selain itu, buah juga memberikan
rasa kenyang
yang lebih berbanding teh ais. Hal ini kerana, buah mempunayai serat
yang mana
memerlukan masa yang agak panjang untuk diproses dan ini memberikan
kekenyangan
untuk jangka masa yang panjang.
Makanan bergoreng pula dikategorikan dalam makanan yang
mempunyai kalori yang tinggi.
Hal ini kerana, makanan yang digoreng akan
menyerap minyak sewaktu proses
menggoreng. Minyak terdiri daripada lemak yang
mana membekalkan tenaga yang
tinggi. makanan yang bergoreng ini selalu menjadi
pilihan kerana amat menyelerakan
dan lebih mudah untuk disediakan. Sebagai
contoh, pisang goreng dan popia goreng
yang mana masing-masing membekalkan 131
kcal (untuk 3 keping) dan 113 kcal (untuk
1ketul). Tetapi, selalunya seseorang
individu biasanya akan makan 5-6 keping pisang
goreng yang mana kalorinya
adalah sebanyak 262kcal. Jika seorang individu itu makan
seketul popia goreng,
3 keping pisang goreng dan segelas teh ais untuk minum pagi,
individu tersebut
telah mengambil sebanyak 334 kcal. Jumlah kalori bagi hidangan ini
adalah
tinggi jika dibandingkan dengan jumlah nutrien yang ada di dalamnya.
Oleh itu,
seeloknya makanan yang bergoreng dan minuman yang manis seharusnya
dielakkan. Selain
menyumbang kalori yang banyak, ia juga mempunyai kandungan lemak
yang banyak. Sebaiknya,
makanan yang pelbagai mengikut piramid makanan harus di
ambil. Dalam entri sebelum
ini, ada menerangkan cara untuk menjadikan piramid
makanan sebagi panduan dalam
memilih makanan yang seimbang. Makanan yang di
ambil mestilah terdiri daripada
buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran penuh, kekacang,
dan sumber protein tanpa
lemak. Makanan ini merupakan makanan yang mempunyai
kalori yang rendah dan
mempunyai tinggi nutrisi yang diperlukan untuk tubuh.
Pengambilan makanan yang
terdiri daripada makanan diproses, makanan bergoreng,
makanan segera, gula
ringkas dan lain-lain makanan yang berkalori tinggi haruslah
dielakkan. Tetapi,
apa juga jenis makanan mestilah diambil dalam jumlah yang jumlah
yang
sederhana.
0 comments:
Post a Comment