Rawatan Obesiti melalui
Ubat-ubatan
Orlistat

Rimonabant
Rimonabant
(Acomplia) merupakan ubat
sekunder anti-obesiti. Ubat ini menghalang reseptor cannabinoid-1 (CB1). Reseptor ini terletak di dalam otak, tisu lemak,
sistem penghadaman, hati dan otot. Dengan menghalang pengaktifan reseptor ini
dapat mengurangan selera makan, mengawal rasa lapar dan mengelakkan penghasilan
lemak pada tubuh. Pengambilan rimonabant
juga meningkatkan paras HDL dalam darah. Kesan sampingan ubat ini kepada
pengguna ialah rasa mual, pening kepala, muntah-muntah, cirit-birit, paras gula
rendah dalam darah dan keletihan.
Phentermine dan diethylpropion
Phentermine dan diethylpropion
meningkatkan tahap norepinephrine dan
dopamine di dalam otak dengan
meningkatkan pembebasan neurotransmitter
tersebut daripada pangkal saraf serta menghalang pengambilan kembali norepinephrine dan dopamine daripada pusat saraf. Secara ringkas, ubat ini
mengurangkan selera makan pesakit melalui pengawalan sistem saraf. Kesan
sampingan akibat pengambilan ubat ini ialah pening kepala, insomnia, sembelit
dan kekeringan mulut. Ubat ini juga meningkatkan kadar tekanan darah dan
degupan jantung.
Sibutramine

AWAS!!
Kaedah ini hanyalah dilakukan melalui
saranan dan kebenaran doktor. Penggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan
tanpa pengawasan doktor boleh mengundang kepada kesan sampingan.
Walaubagaimanapun, cara yang terbaik untuk merawat obesiti ialah melalui
pemakanan yang sihat dan seimbang serta aktif melakukan aktiviti fizikal.
0 comments:
Post a Comment