Monday, 10 December 2012

Penyakit yang membawa Penyakit??


Penyakit yang membawa penyakit??
Obesiti sendiri adalah satu penyakit. Tetapi obesiti juga boleh membawa kepada penyakit lain. Bagaimana ia boleh terjadi?
  • 1.       Pengumpulan lemak dalam badan yang berlebihan
  • 2.       Perubahan keadaan biologi tubuh
Walaupun orang obese mempunyai kadar umur yang agak rendah (CNN health), namun terdapat banyak rungutan mengenai obese terhadap kesan pada kualiti hidup.
• secara khasnya, ia disebabkan pembentukan penyakit seperti
 
– Kencing manis




Kencing manis adalah penyakit yang terjadi apabila terkumpulnya lebihan gula dalam saluran darah tetapi badan gagal untuk mengawalnya sehingga menyebabkan kerosakan pada sistem tubuh badan manusia. Lemak yang terkumpul dalam badan akan terbentuk di sekeliling sel-sel badan. Disebabkan perkara ini, insulin sukar untuk mengawal gula dalam darah disebabkan tidak boleh menghampiri sel apabila dihalang oleh lemak yg terkumpul di sekeliling sel badan. 


                                                                     
– Penyakit jantung 




Pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan akan disimpan di tisu adipos disebabkan kebolehan tisu adipos untuk memerangkap lemak dengan banyak, maka berlakulah pengumpulan lemak dalam badan sehingga menyerlah ke tubuh kasar. Lemak ini akan masuk ke dalam salur darah malah boleh menyumbat salur darah dalam badan (Paul et al. 2005)

– Tekanan darah tinggi



Sepertimana tekanan air dalam sebuah tangki, jikalau tekanannya melebihi kemampuan tangki tersebut, berkemungkinan untuk tangki tersebut untuk pecah tidak mustahil. Keadaan ini sama seperti saluran darah. Tekanan darah yang tinngi boleh terjadi disebabkan obesiti dan pengumpulan lemak dalam darah. Lemak-lemak yang berlebihan akan terkumpul di saluran darah dan menghalang laluan utama aliran darah, sekaligus menyebabkan tekanan darah semakin tinggi untuk menyalurkan darah. Salur darah yang kecil mungkin pecah jikalau tekanan terlalu tinggi.
                                                                                         




– Gangguan pernafasan semasa tidur (sleep apnea)

 

Saluran pernafasan akan terhalang  apabila otot di saluran pernafasan merenggang dan menutup saluran udara. Ganguan pernafasan semasa tidur boleh menyebabkan gejala dengkur. Gejala ini akan menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan dengan betul sekaligus membawa kepada tidur siang yang kerap.( Margaret Moline ,sleep foundation)


– Osteoarthritis


                                                                      

Setiap sendi antara tulang dalam tubuh manusia dilindungi oleh tulang rawan. Namun, tulang rawan ini masih lagi ada had dan limitasinya. Tubuh yang berat akan memberi tekanan yang tinggi kepada tulang rawan dan akan menyebabkan tulang rawan hilang lebih pantas daripada orang biasa.
                                                       


Rujukan
  • 1.       Obesity can shorten lifespan up to a decade, March 18, 2009, By Anne Harding, CNN health, retrieve on 13 novmber 2012. http://articles.cnn.com/2009-03-18/health/healthmag.obesity.lifespan_1_bmis-mortality-risk-body-mass-index?_s=PM:HEALTH
  • 2.       AHA Scientific Statement Obesity and Cardiovascular Disease: Pathophysiology, Evaluation, and Effect of Weight Loss An Update of the 1997 American Heart Association Scientific Statement on Obesity and Heart Disease From the Obesity Committee of the Council on Nutrition, Physical Activity, and Metabolism, Paul Poirier, MD, PhD, FCRPC; Thomas D. Giles, MD; George A. Bray, MD; Yuling Hong, MD, PhD; Judith S. Stern, ScD; F. Xavier Pi-Sunyer, MD, MPH; Robert H. Eckel, MD, Circulation. 2006; 113: 898-918 Published online before print December 27, 2005, doi: 10.1161/
  • 3.      Sleep foundation,retrieve on 20th November 2012  http://www.sleepfoundation.org/article/sleep-topics/obesity-and-sleep








0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More