Untuk mengurangkan lemak atau berat badan, kebanyakan mengatakan kita perlu mengurangkan lemak, tetapi lemak juga adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh.
Apakah
perbezaan antara jenis-jenis lemak yang diperlukan oleh tubuh kita dan apakah jenis
lemak yang baik untuk tubuh?
Umumnya lemak dipercayai tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita. Lemak daripada diet membekalkan asid-asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan mesti diambil daripada makanan. Lemak juga membantu dalam penyerapan vitamin A,D,E dan K yang larut lemak (sebagai pengangkutan). Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Lemak yang tinggi dalam kalori dan akan meningkatkan risiko lebih berat badan atau obes.
Umumnya lemak dipercayai tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita. Lemak daripada diet membekalkan asid-asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan mesti diambil daripada makanan. Lemak juga membantu dalam penyerapan vitamin A,D,E dan K yang larut lemak (sebagai pengangkutan). Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Lemak yang tinggi dalam kalori dan akan meningkatkan risiko lebih berat badan atau obes.
Tubuh
kita memerlukan pelbagai jenis lemak. Lemak terdiri daripada asid-asid lemak
yang diperlukan dalam jumlah yang berbeza. Jenis asid lemak yang utama ialah:
Asid lemak tepu
Menjadi
pepejal pada suhu bilik dan biasanya diperolehi daripada sumber haiwan, iaitu daging,
susu, produk tenusu, minyak sapi dan lemak khinzir. Sesetengah makanan daripada
sumber tumbuh-tumbuhan juga mengandungi lemak tepu seperti santan dan minyak
kelapa.
Asid lemak tidak tepu
Jenis
lemak cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya boleh didapati dalam makanan sumber
tumbuh-tumbuhan seperti minayk sayur-sayuran, kacang, biji benih dan sesetengah
ikan laut. Terdapat dua jenis asid lemak tidak tepu:
a. Asid lemak mono-tidak tepu: Sumber utama
termasuk minyak sawit, minyak zaitun, minyak kanola,gajus, dan kacang tanah.
b. Asid lemak poli-tak tepu: Sumber utama termasuk
minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, dan ikan laut
dalam.
Ada
yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak,tetapi lemak
juga adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh. Apakah perbezaan antara
jenis-jenis lemak yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan apakah jenis lemak
yang baik untuk tubuh?
UNTUK PENGETAHUAN ANDA...
MINYAK MASAK
Secara
amnya, orang yang sihat boleh memasak dengan menggunakan minyak sawit
(mengandungi gabungan asid lemak) yang lazim terdapat di pasaran. Anda boleh
juga menggunakan campuran 1 bahagian minyak sawit dengan 1 bahagian minyak
poli-tak tepu ynag lain.
Untuk
menggoreng, dinasihatkan untuk menggunakan minyak sawit kerana ia lebih tahan
haba. Minyak sawit tidak tepu (mono-tak-tepu dan poli-tak-tepu) tidak sesuai
untuk menggoreng kerana minyak ini tidak stabil, minyak ini boleh digunakan
untuk membuat salad dan menumis.
Jangan
menggunakan minyak masak yang didapati telah berubah warna kerana
komponen-komponen yang merbahaya mungkin terbentuk.
JENIS LEMAK YANG
LAIN...
Asid
lemak trans: Ia
terbentuk semasa proses penghidrogenan minyak mono-tak-tepu atau poli-tak-tepu.
Asid lemak ini dikaitkan dengan penyakit jantung, dan ia boleh meningkatkan
risiko sesetengah kanser. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid
lemak trans seperti marjerin dan lelemak
yang telah mengalami proses penghidrogenan. Jika kita tidak menghadkan pengambilan
lemak ini ia akan meningkatkan risiko individu menjadi obes
Kolesterol: Didapati hanya dalam produk sumber
haiwan, misalnya organ dalaman (hati,otak), telur kuning, udang, sotong dan
produk tenusu. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol.
Justeru
itu, kita hendaklah menjadi pengguna yang bijak untuk memilih minyak masak yang
digunakan dan menghadkan pengambilannya untuk menjana gaya hidup yang sihat. Secara
tidak langsung, kita dapat mengurangkan risiko diri menjadi obes.
RUJUKAN:
1. Persatuan
pemakanan Malaysia: www.nutriweb.org.my
2. Persatuan
Dietitian Malaysia: www.dietitians.org.my
3. Persatuan
Kajian Obesiti Malaysia: www.maso.org.my
0 comments:
Post a Comment