BMI??
BMI (Boday Mass Index) = indeks jisim tubuh, adalah
ukuran berat badan selaras dengan ketinggian. Untuk mengukur BMI kita perlu
mengukur berat badan (kg) dan tinggi (meter) terlebih dahulu.Kemudian masukkan
nilai tersebut ke dalam formula.
Cara pengiraan BMI
adalah:
berat (kg)
tinggi(meter) x tinggi (meter)
Alat
untuk menimbang berat badan
Set
alat mengukur berat badan & tinggi
KENAPA guna BMI???
BMI adalah kaedah yang mudah digunakan
untuk mengukur berat badan yang berlebihan bukan mengukur lemak yang berlebihan
dalam badan.
Kajian juga telah menunjukkan bahawa
bacaan BMI dapat berhubung kait antara lemak badan dan risiko tahap kesihatan
seseorang pada masa hadapan.
BMI yang tinggi menunjukkan kaitan
penyakit dan kematian pada masa hadapan. BMI juga ukuran yang tepat untuk melihat
saringan untuk obesiti dan tahap risiko kesihatan seseorang.
APAKAH klasifikasi BMI ANDA?
Jadual
1: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa mengikut indeks jisim tubuh (BMI).
(International Classification).
sumber: World health Organization (WHO), 1998
Klasifikasi
|
Indeks
jisim tubuh (BMI)
|
Kurang
berat badan
|
<
18.5
|
Berat
normal
|
18.5
- 24.9
|
Lebih
berat badan
|
>25
|
Pre-obese
|
25.0
– 29.9
|
Obese
kelas I
|
30.0
– 34.9
|
Obese
kelas II
|
35.0
– 39.9
|
Obese
kelas III
|
>40
|
Jadual 2: Klasifikasi
berat badan untuk orang dewasa Asia mengikut indeks jisim tubuh(BMI)
Klasifikasi
|
Indeks jisim tubuh (BMI)
|
Kurang berat badan
|
< 18.5
|
Berat normal
|
18.5 - 22.9
|
Lebih berat badan
|
>23
|
Risiko
|
23.0 – 24.9
|
Obese kelas I
|
25.9 – 29.9
|
Obese kelas I
|
>30
|
Sumber: WHO/IASO/ IOTF,
2000
BMI untuk KANAK-KANAK...
BMI
juga digunakan untuk mengukur berat selaras dengan ketinggian untuk
kanak-kanak. Namun, ada juga beberapa pekara yang perlu diambil kira kerana
terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan BMI untuk kanak-kanak.
Ketinggian, tahap kematangan seksual adalah faktor yang mempengaruhi BMI dan
lemak badan dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, ketepatan bacaan BMI
berbeza-beza mengikut lemak badan seseorang kanak-kanak.
BMI
untuk kanak-kanak dikira dengan menggunakan cara yang sama seperti mengira BMI
untuk orang dewasa. Tetapi cara untuk mentafsir bacaan BMI adalah berbeza.
Untuk orang dewasa, klasifikasi BMI tidak bergantung kepada umur dan jantita.
Tetapi BMI untuk kanan-kanak dan remaja diantara umur 2 hingga 20 tahun
ditafsir mengikut umur dan jantina kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana jumlah
lemak badan berubah mengikut peringkat umur dan juga berbeza dari segi jantina.
Terdapat
specific percentile untuk umur dan
jantina dan diklasifikasikan untuk yang redah berat badan (underweight), berat badan sihat (healthy weight), lebih berat badan (overweight), dan kanak-kanak obese. BMI untuk umur menentukan
kedudukan bacaan relatif BMI bagi kanak-kanak mengikut umur dan jantina.
Kategori BMI untuk umur selaras dengan percentile
adalah:
Percentile Ranking
|
Weight Status
|
Less than 5th percentile
|
Underweight
|
5th percentile to less than 85th
percentile
|
Healthy weight
|
85th percentile to less than 95th
percentile
|
Overweight
|
Equal to or greater than the 95th
percentile
|
Obese
|
Graf
1: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.
Graf
2: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.
ISU-ISU penting???
Terdapat beberapa faktor yang perlu
diambil kira semasa menggunakan BMI untuk golongan dewasa. Hal ini kerana, BMI
dianggap mengukur lebihan lemak dalam badan, walhal BMI digunakan untuk
mengukur lebihan berat badan. Faktor dari segi umur, jantina, etnik, dan juga
jisim otot boleh mempengaruhi hubung kait antara BMI dan lemak badan. BMI tidak
boleh membezakan antara lebihan lemak,otot atau pun jisim tulang dan ia juga
tidak memberikan apa-apa petunjuk untuk taburan lemak dalam badan seseorang.
Terdapat
beberapa contoh yang menunjukan bagaimana pekara yang boleh menpengaruhi bacaan
BMI untuk orang dewasa:
- Orang tua cenderung untuk mempunyai
lebih lemak badan daripada orang muda walaupun mereka menpunyai nilai BMI yang
sama.
- Wanita mempunyai lebih banyak jumlah
keseluruhan lemak dalam badan berbanding lelaki walaupun mereka mempunyai nilai
BMI yang sama.
- Individu yang berotot atau pun atlet
yang terlatih mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan mereka mempunyai
jisim otot yang tinggi.
Contoh
gambar diatas menunjukan perbandingan antara individu yang mempunyai nilai BMI
yang sama, tetapi individu tersebut
mempunyai peratus lemak badan yang berbeza.
Terdapat beberapa contoh yang menunjukan bagaimana
pekara yang boleh menpengaruhi bacaan BMI untuk kanak-kanak:
1 comments:
Syukur masih lg dalam bmi yg sepatutnya
Post a Comment