M
|
asalah lebih berat badan dan obesiti di peringkat dunia
dianggarkan melebihi 1.1 billion. Penyakit kronik ini tidak
hanya berlaku di negara-negara maju malahan negara-negara yang membangun. Di Malaysia, masalah ini lebih serius berbanding
negara-negara Asia lain.
Obesiti???
Obesiti
boleh dimaksudkan sebagai lebihan lemak yang terkumpul dalam tisu lemak sehingga menyebabkan
kesihatan seseorang terjejas. Bagaimanapun,
individu yang obes tidak hanya dibezakan mengikut jumlah lemak yang berlebihan
tetapi juga mengikut kedudukan lemak yang terkumpul didalam badan. Semestinya,
lemak yang berlebihan di kawasan abdomen adalah paling berisiko tinggi untuk
mendapat penyakit (WHO 1998).
Pengumpulan lemak pada bahagian abdomen berisiko tinggi
untuk pelbagai penyakit
Kelaziman obesiti: Dulu dan Sekarang
Melalui
Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS II) yang dilakukan pada tahun 1996,
16.6 daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah lebih
berat badan dan 4.4% mengalami obesiti.
Seterusnya,
kajian NHMS II pada tahun 2006 pula
mengesahkan 29% adalah lebih berat badan dan 14% adalah obes.
Hal ini menunjukkan kelaziman obesiti makin meningkat
dari tahun ke tahun di Malaysia.
Terbaru,
kajian yang dijalankan pada tahun 2011 yang lalu, kekerapan obesiti adalah
19.5%. Lebih banyak wanita yang mengalami obesiti (22.5%) berbanding lelaki
(14.1%). Kaum India mencatatkan jumlah paling banyak obesiti (24.6%) diikuti
kaum Melayu (23.2%) dan kaum China paling sedikit (8.2%).
Secara
purata,
2 daripada 5 rakyat Malaysia
mempunyai lebih berat badan atau obes!
Kanak-kanak pun obes ke??
Ya, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga
turut bertambah. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada orang
dewasa tetapi juga kepada kanak-kanak.
Kajian yang dijalankan di sekolah kawasan Lembah Klang,
kelaziman obesiti dalam kalangan remaja lelaki bertambah daripada 1% pada tahun
1990 kepada 6% pada tahun 1997.
Pada tahun 1998, kelaziman obesiti dalam kalangan
kanak-kanak berumur 7 tahun adalah sebanyak 6.6% dan 13.5% dalam kalangan
kanak-kanak berusia 10 tahun.
Manakala pada tahun 2011, kajian yang dijalankan dalam
kalangan pelajar darjah 4, 5 dan 6 di 65 buah sekolah di kawasan Selangor dan
Kuala Lumpur menunjukkan 17.9% adalah lebih berat badan dan 16.0% pula adalah
obes.
Persatuan
Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pada 2015 kelak, lebih ramai manusia mati akibat masalah kegemukan berbanding
masalah kelaparan.
Jadi, buat semua, ayuh kita sama-sama berusaha ke arah berat badan yang ideal. Turunkan berat badan untuk kepentingan diri sendiri, agama, bangsa dan negara Kita boleh!! J
Rujukan
WHO. (1998). Obesity: Preventing
and managing the global epidemic. Report of a WHO
Consultation
on Obesity. Geneva: World Health Organisation.
Blog
rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. http://blogmoh.moh.gov.my/the-malaysian-association-for-the-study-of-obesity-maso-2009-conference/
Mohamud
WN (2011). Prevalence of overweight and obesity among adult Malaysians: an
update. Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition. 2011;20(1):35-41.
Fatimah A (2001). The effectiveness
of childhood obesity intervention program and the psychosocial factors involved
in maintaining weight changes in urban areas. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Penyelidikan dan Pembangunan Institusi Pengajian Tinggi Awam 2001. Kuala
Lumpur, 25 – 26 October 2001: 654-659.
Ismail MN & Tan CL (1998).
Prevalence of obesity in Malaysia. Country report at the
Regional
Advisory Board meeting on obesity, Manila, Phillipines.
Serene Ting EH,
Shamarina S, Mohd Nasir MT (2011).
Familial and Socio-environmental Predictions of Overweight and Obesity
among Primary School Children in Selangor and Kuala Lumpur. Mal J Nutr.
17(2): 151-162.
0 comments:
Post a Comment