Adakah anda
ingin menjadi kurus seperti Beyonce, Jennifer Anniston atau bintang Hollywood
lain yang mempunyai pinggang yang ramping serta bentuk badan yang cantik.
Artikel ini akan membincangkan diet fad yang diamalkan oleh para artis
Hollywood ini, malah mungkin ada di antaranya yang tidak masuk akal dan tidak
pernah kita dengar sebelum ini. Anda patut berfikir semula jika anda ingin
mengikuti diet yang diamalkan oleh para artis ini.
1.
Diet makanan bayi
Diet ini memerlukan seseorang untuk memakan makanan bayi iaitu makanan yang
telah dilenyek dan puri (isi buah-buahan
dan sayur-sayuran). Diet ini dicipta oleh Tracy Anderson, seorang jurulatih
selebriti. Beliau percaya bahawa ia mampu mengawal ketagihan, menjanjikan
penurunan berat badan, serta mudah disediakan. Diet ini diikuti oleh Jennifer
Aniston dan Reese Witherspoon.
2.
Master cleanse
Ia merupakan sejenis diet julap
‘laxative diet’ atau diet detox (nyah toksin) yang membolehkan seseorang untuk
hilang berat badan dengan sangat cepat seperti yang diamalkan oleh Beyonce.
Diet ini termasuk jus lemon, sirap maple, cili merah dan air bersama julap pada
waktu pagi dan malam selama 14 hari.
3.
Diet limau gedang (grapefruit)
Ia amat popular di kalangan Hollywood
artis seperti Kylie Minogue dan Brooke Shields. Limau gedang dimakan bersama
protein dan ini mampu merangsang pembakaran lemak serta penurunan berat badan
yang cepat. 12 hari diperlukan untuk menghilangkan berat sebanyak 5kg. Di
samping itu, anda disarankan untuk memakan makanan yang kurang karbohidrat,
kurang calorie, lebihkan protein serta banyakkan juz limau gedang ini dan
jangan makan atau ‘snacking’ di antara hidangan utama (sarapan, makan tengah hari
dan malam).
4.
Diet biskut
Kim Kardashian merupakan salah
seorang pengamal diet ini. Diet ini difahamkan dicipta oleh Dr. Steal
yang menghasilkan biskut ini untuk membantu pesakitnya menghilangkan berat
badan. Biskut tersebut mengandungi amino asid yang berfungsi untuk menahan rasa
lapar dan penuh dengan fiber yang membantu melambatkan pencernaan supaya anda
berasa kenyang dengan lebih lama. Diet ini menyarankan pemakanan protein tanpa lemak terutamanya dari sumber haiwan seperti ayam tanpa kulit (sumber lemak) serta sayur-sayuran untuk dimakan ketika makan malam bersama 6-8 biskut sehari (800-1500
kalori sehari).
5.
Diet 7 hari warna
Penggemar diet pelbagai warna ini
antaranya ialah Christina Aguilera. Makanan berbeza warna hendaklah diamalkan
pada setiap hari (1 hari 1 warna). sebagai contoh, Isnin adalah putih, Khamis adalah oren dan
Ahad adalah hari untuk pelbagai warna (warna pelangi). Tiada spesifik makanan yang
disyorkan, yang penting adalah makanan tersebut mestilah sihat. Diet ini tidak
menjanjikan penurunan berat badan namun ia menggalakkan tentang kepentingan
makanan tersebut serta mendedahkan pengamalnya
kepada kepelbagaian makanan yang boleh dipilih.
6.
Diet pelangi
Diet ini menggalakkan memakan banyak
buah-buahan serta sayur-sayuran sekurang-kurangnya 1-2 hidangan daripada setiap
warna pada setiap hari. Sebagai contoh, sawi tergolong dalam warna hijau,
strawberri dalam kumpulan merah dan lain-lain lagi. Diet ini diamalkan oleh
Reese Witherspoon.
7.
Diet 3 jam
Artis Hollywood seperti Jessica Biel
dan Heidi Klum antara yang mengamalkan diet ini. Pengamal mestilah makan pada
setiap 3 jam selepas bangun tidur dan 3 jam sebelum tidur (malam) termasuk 3
hidangan dan 2 snek. Sekiranya anda mengamalkan diet ini, anda mungkin akan
hilang 1kg dalam 1 minggu.
8.
Diet sup kobis
Ia merupakan salah satu diet yang
paling popular dikalangan artis Hollywood antaranya ialah Sarah Michelle Giller. Diet
yang membosankan ini dikatakan mampu menghilangkan berat badan sehingga 5kg
dalam masa 7 hari jika turut mengamalkan makanan yang rendah lemak dan tinggi
fiber. Ia amat membosankan kerana anda terpaksa makan sup kobis dalam kuantiti
yang banyak untuk menghilangkan berat dengan banyak.
9.
Diet makrobiotik
Diet ini diamalkan Gwyneth Paltrow dan juga Madonna. Tiada makanan yang diproses seperti makanan di dalam tin dan sedikit produk
makanan daripada haiwan terdapat di dalam diet ini. Makanan yang difokuskan
ialah bijirin, sayur serta buah yang mengandungi banyak fiber. Diet ini juga popular dikalangan mereka yang
percaya bahawa diet ini mampu menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun tidak
dapat dibuktikan keberkesanannya.
10.
Diet jenis darah
Buku Eat Right for Your Type yang dikarang
oleh Dr. Peter D’Adamo menyatakan bahawa mereka yang mengamalkan diet jenis
darah ini mampu mengahalang diserang penyakit seperti kanser dan sakit jantung.
Walaupun diet ini tidak bertujuan untuk menurunkan berat badan namun ia popular
di kalangan artis seperti Jennifer Lopez, Elizabeth
Hurley, dan Gwyneth Paltrow yang pernah mencubanya.
0 comments:
Post a Comment