- Hilangkan 5 kilo dalam 10 hari!
- Makan sebanyak yang anda mahu – dan masih hilang berat!
- Kurang satu saiz setiap hari!
- Turunkan berat tanpa perlu berdiet!
Petikan-petikan diatas merupakan antara janji yang oleh
produk pelansingan badan dan fad diet (diet bermusim atau diet kegilaan).
Tetapi adakah produk dan fad diet ini benar-benar memberikan penurunan berat
badan yang cepat dan selamat untuk dipraktikkan?
Penurunan berat badan yang cepat memberikan tekanan
kepada tubuh badan. Antara risiko termasuk:
- Batu dalam hempedu, berlaku dalam 12% hingga 25% orang yang kehilangan sejumlah besar berat dalam masa beberapa bulan
- Dehidrasi, boleh dielakkan dengan meminum air yang secukupnya
- Kekurangan zat, biasanya disebabkan oleh kurang pengambilan protein dalm masa seminggu
- Ketidakseimbangan elektrolite
Kesan sampingan lain disebabkan oleh penurunan berat
badan mendadak termasuk:
- Sakit kepala
- Keletihan
- Pening
- Sembelit
- Kitaran haid tidak menentu
- Keguguran rambut
- Kehilangan otot
Oleh itu, program penurunan berat badan seharusnya
merangkumi cara hidup yang sihat dengan perubahan sikap untuk mendapat
perubahan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhannya. Tetapkan sasaran yang
realistik tentang tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan perubahan sikap yang
berterusan. Menurut Persatuan Dietetik Amerika (ADA), kadar penurunan berat
badan yang ideal dan selamat ialah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram setiap minggu.
Persoalannya ialah, bagaimana untuk
menghilangkan 0.5 kilogram dari berat badan kita?
Imbangan tenaga negatif adalah faktor terpenting yang
mempengaruhi kadar dan jumlah pengurangan berat. Saranan pertama dalam merawat
obesiti ialah pengurangan pengambilan tenaga
(kalori). Dalam erti kata lain, tenaga yang msuk perlulah rendah dari
tenaga yang keluar.
Tenaga masuk < Tenaga keluar
Tenaga masuk ialah tenaga yang didapati daripada
pengambilan makanan. 1 g karbohidrat memberikan 4 kcal tenaga, 1 gram protein memberikan
4 kcal tenaga dan 1 g lemak memberikan 9 kcal tenaga. Tenaga keluar ialah
tenaga yg digunakan oleh tubuh untuk melakukan segala aktiviti fisiologi
didalam tubuh (Contoh: bernafas) atau digunakan ketika melakukan sesuatu kerja.
Tetapi,
Lemak yang ada di dalam badan tidak sama dengan lemak
yang terdapat di dalam makanan. Lemak yang terdapat dalam makanan adalah lemak
tulen manakala lemak di dalam badan kita atau lebih dikenali sebagai tisu lemak
bukan sahaja mngandungi lemak, tapi ia juga mengandungi bahan-bahan lain
seperti protein, tisu penghubung dan air. Jadi, 1 g tisu lemak hanya menyimpan
7.7 kcal tenaga berbanding 9 kcal tenaga untuk lemak tulen.
Jadi
7.7 kcal x 1
pound (454g) lemak = 3495kcal
Pengurangan
500kcal/hari X 7 hari = 3500 kcal
Oleh
itu, pengurangan 3500kcal seminggu akan
mengurangkan hampir ½ kg lemak dalam badan.
Contoh
Nabila: Berat = 80 kg, Tinggi 165 cm, Umur = 24 thn, Energy Requirement,ER=
1928 kcal/day (keperluan tenaga setiap hari dikira menggunakan kalkulator di kanan
blog), BMR= 1607 kcal/day.
Untuk mengurangkan 0.5 kg setiap minggu, Nabila perlu
mengurangkan 500 kcal setiap hari dari ER. Oleh itu, setiap hari jumlah tenaga
(diukur menggunakan kalori) adalah 1928kcal – 500kcal= 1428 kcal setiap hari. Apabila
badan kekurangan sebanyak 500 kcal tenaga untuk digunakan, proses pemecahan
lemak akan berlaku. Hal ini kerana apabila tubuh tidak mempunyai cukup tenaga
untuk digunakan, salah satu alternatif untuk mendapatkan tenaga ialah dengan
menggunakan simpanan lemak yang terdapat di dalam tubuh. Apabila lemak
digunakan, maka pengurangan berat badan akan berlaku.
Turun berat 0-1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah lemak* (Untung)
Turun berat 1kg / 1 minggu = 50% lemak, 50% otot
Turun berat lebih 1kg / 1 minggu = lebih 50% hilang adalah otot (Rugi)
Pengurangan berat badan yang SEDIKIT namun KONSISTEN
adaalah jauh lebih baik daripada pengurangan berat yang BANYAK secara MENDADAK
dan hanya bertahan untuk seketika. Individu yang mengalami penguranagan berat
secara mendadak dalam masa yang singkat juga mempunyai kecenderungan yang
tinggi untuk balik semula ke berat asal dan mungkin lebih teruk lagi berlakunya
penambahan berat. Oleh itu, pengurangan berat yang sedikit dan konsisten adalah
cara yang selamat untuk mengurangkan berat.
Atlas makanan: saiz pertukaran & porsi, Suzana Shahar, MDC Publishers, 2009
0 comments:
Post a Comment