Sunday 4 November 2012

Peratus Lemak Badan


Peratus lemak badan ialah jumlah berat lemak dibahagikan dengan jumlah berat badan. Wanita mempunyai peratus lemak badan yang tinggi berbanding lelaki. 

Hal ini kerana wanita memerlukan lebih lemak berbanding lelaki untuk berfungsi semasa melahirkan anak dan untuk hormon-hormon lain berfungsi. Kebiasaannya wanita mempunyai peratus lemak antara 25%-30% manakala lelaki antara 10%-15%.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengukur peratus lemak dalam badan antaranya dengan menggunakan kalipers,bioelectrical impedence analysis(BIA) dan omron. Alat-alat ini adalah yang paling mudah digunakan untuk mengetahui peratus lemak dalam badan.



Kaliper 



Bioelectrical impedence analysis (BIA)

Omron (body fat percentage analyzer)

Rajah di bawahMenunjukkan klasifikasi peratus lemak badan mengikut peringkat umur dengan Klasifikasi jisim berat tubuh.

Rajah 1: % lemak badan untuk wanita

Age
Underfat
Healthy
Overweight
Obese
20-40 years
Under 21%
21-33%
33-39%
Over 39%
41-60 years
Under 23%
23-35%
35-40%
Over 40%
61-79 years
Under 24%
24-36%
36-42%
Over 42%

Rajah 1: % lemak badan untuk lelaki

Age
Underfat
Healthy
Overweight
Obese
20-40 years
Under 8%
8-19%
19-25%
Over 25%
41-60 years
Under 11%
11-22%
22-27%
Over 27%
61-79 years
Under 13%
13-25%
25-30%
Over 30%

  Sumber: Gallagher et al.(2000)


Obesiti kini merupakan pembunuh nombor satu dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak!!! Risiko dan komplikasi obesiti??
Nak tahu!! Ikuti kami dalam entri seterusnya..:)



Rujukan:
  1. Body Mass Index: Considerations for Practitioners, Centers for Disease Control And Prevention, http://www.cdc.gov/obesity/downloads/BMIforPactitioners.pdf
  2. Clinical Practice Guideline on Management of Obesity 2003,  http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=186
  3. Defining Obesity: www.maso.org.my/spom/chap3.pdf
  4. 2000 CDC Growth Charts for the United States: Methods and Development, http://www.cdc.gov/nchs/data/series/sr_11/sr11_246.pdf
  5. World Health Organization : http://apps.who.int/bmi/index.jsp?introPage=intro_3.html







Nisbah Pinggang Pinggul


WHR??

 Nisbah pinggang pinggul atau nisbah pinggang ke pinggul (Waist to hip ratio,WHR) ialah nisbah lilitan pinggang ke pinggul. 

Ukuran lilitan diambil dalam centimeter(cm) atau inci. Lilitan pinggang diukur disekeliling bahagian yang sempit antara tulang rusuk dan pinggul apabila dilihat dari depan selepas menghembus nafas.

 Liltan pinggul pula diukur pada bahagian punggung yang maximum besar apabila dilihat dari bahagian sisi.

Cara pengiraan WHR menggunakan formula ini:  
           
                                                           Pinggang (cm)
                                                                                             
                                                              Pinggul (cm)



Gambar menunjukkan kawasan pinggang dan pinggul lelaki dan wanita.




Pita ukur digunakan untuk mengukur lilitan pinggang dan pinggul.


Lilitan pinggang (waist circumference,WC) adalah kaedah yang simple dan ia digunakan untuk menggambarkan taburan lemak dibahagian perut (abdominal fat). Ia sangat berguna untuk orang yang mempunyai BMI yang normal dan mempunai lebih berat badan.

Nilai normal WHR untuk lelaki ialah 1.0 dan untuk wanita ialah 0.85. Sesiapa yang mempunyai BMI > 35kg/m2 tidak perlu ukur WC sebab bacaan BMI tidak memberi apa-apa kesan kerana size badan besar. Bacaan WC untuk wanita dan lelaki:


Jadual 1: Waist circumference cut-off points for increased risk to metabolic diseases

Sources
Men
Women
WHO (1998)
        >94cm (37inci)
>80cm (32inci)
WHO/ISO/IOTF (2000)
>90cm (35inci)
>80cm (32inci)

Nilai WC boleh menentukan sama ada individu  mempunyai bentuk badan epal atau pun pear. Bentuk badan seperti epal biasanya dapat dilihat dalam kalangan lelaki. Lelaki cenderung memiliki banyak lemak dibahagian perut yang dikenali sebagai viseral fat. 

Lemak yang banyak dibahagian perut dikalangan obesiti dikenali sebagai central obesiti. Bentuk badan seperti pear dapat dilihat dalam kalangan wanita, lemak banyak dikawasan punggung berbanding diperut.





Klasifikasi Berat Badan mengikut Indeks Jisim Tubuh

 BMI??

BMI (Boday Mass Index) = indeks jisim tubuh, adalah ukuran berat badan selaras dengan ketinggian. Untuk mengukur BMI kita perlu mengukur berat badan (kg) dan tinggi (meter) terlebih dahulu.Kemudian masukkan nilai tersebut ke dalam formula.

 Cara pengiraan BMI adalah:
berat (kg)
tinggi(meter) x tinggi (meter)


Alat untuk menimbang berat badan


Set alat mengukur berat badan & tinggi


KENAPA guna BMI???


  BMI adalah kaedah yang mudah digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan bukan mengukur lemak yang berlebihan dalam badan.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa bacaan BMI dapat berhubung kait antara lemak badan dan risiko tahap kesihatan seseorang pada masa hadapan.

  BMI yang tinggi menunjukkan kaitan penyakit dan kematian pada masa hadapan.  BMI juga ukuran yang tepat untuk melihat saringan untuk obesiti dan tahap risiko kesihatan seseorang.


APAKAH klasifikasi BMI ANDA?

Jadual 1: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa mengikut indeks jisim tubuh (BMI). (International Classification).
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 24.9
Lebih berat badan
>25
Pre-obese
25.0 – 29.9
Obese kelas I
30.0 – 34.9
Obese kelas II
35.0 – 39.9
Obese kelas III
>40
sumber: World health Organization (WHO), 1998

Jadual 2: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa Asia mengikut indeks jisim tubuh(BMI)
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 22.9
Lebih berat badan
>23
Risiko
23.0 – 24.9
Obese kelas I
25.9 – 29.9
Obese kelas I
>30
                        Sumber: WHO/IASO/ IOTF, 2000


BMI untuk KANAK-KANAK...

            BMI juga digunakan untuk mengukur berat selaras dengan ketinggian untuk kanak-kanak. Namun, ada juga beberapa pekara yang perlu diambil kira kerana terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi bacaan BMI untuk kanak-kanak. Ketinggian, tahap kematangan seksual adalah faktor yang mempengaruhi BMI dan lemak badan dalam kalangan kanak-kanak. Tambahan pula, ketepatan bacaan BMI berbeza-beza mengikut lemak badan seseorang kanak-kanak.

            BMI untuk kanak-kanak dikira dengan menggunakan cara yang sama seperti mengira BMI untuk orang dewasa. Tetapi cara untuk mentafsir bacaan BMI adalah berbeza. Untuk orang dewasa, klasifikasi BMI tidak bergantung kepada umur dan jantita. Tetapi BMI untuk kanan-kanak dan remaja diantara umur 2 hingga 20 tahun ditafsir mengikut umur dan jantina kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana jumlah lemak badan berubah mengikut peringkat umur dan juga berbeza dari segi jantina.

            Terdapat specific percentile untuk umur dan jantina dan diklasifikasikan untuk yang redah berat badan (underweight), berat badan sihat (healthy weight), lebih berat badan (overweight), dan kanak-kanak obese. BMI untuk umur menentukan kedudukan bacaan relatif BMI bagi kanak-kanak mengikut umur dan jantina. Kategori BMI untuk umur selaras dengan percentile adalah:


Percentile Ranking
Weight Status
Less than 5th percentile
Underweight
5th percentile to less than 85th percentile
Healthy weight
85th percentile to less than 95th percentile
Overweight
Equal to or greater than the 95th percentile
Obese

Graf 1: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.


Graf 2: BMI untuk umur bagi kanak-kanak lelaki antara umur 2 hingga 20 tahun.


ISU-ISU penting???

        Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira semasa menggunakan BMI untuk golongan dewasa. Hal ini kerana, BMI dianggap mengukur lebihan lemak dalam badan, walhal BMI digunakan untuk mengukur lebihan berat badan. Faktor dari segi umur, jantina, etnik, dan juga jisim otot boleh mempengaruhi hubung kait antara BMI dan lemak badan. BMI tidak boleh membezakan antara lebihan lemak,otot atau pun jisim tulang dan ia juga tidak memberikan apa-apa petunjuk untuk taburan lemak dalam badan seseorang.

Terdapat beberapa contoh yang menunjukan bagaimana pekara yang boleh menpengaruhi bacaan BMI untuk orang dewasa:

  •  Orang tua cenderung untuk mempunyai lebih lemak badan daripada orang muda walaupun mereka menpunyai nilai BMI yang sama.
  • Wanita mempunyai lebih banyak jumlah keseluruhan lemak dalam badan berbanding lelaki walaupun mereka mempunyai nilai BMI yang sama. 
  • Individu yang berotot atau pun atlet yang terlatih mungkin mempunyai BMI yang tinggi disebabkan mereka mempunyai jisim otot yang tinggi.





Contoh gambar diatas menunjukan perbandingan antara individu yang mempunyai nilai BMI yang sama, tetapi  individu tersebut mempunyai peratus lemak badan yang berbeza.

Terdapat beberapa contoh yang menunjukan bagaimana pekara yang boleh menpengaruhi bacaan BMI untuk  kanak-kanak:

  •     Untuk kanak-kanak yang obesiti (atau BMI untuk umur lebih besar atau sama 95th percentile), BMI adalah kaedah yang baik untuk mengukur lemak yang berlebihan. 
  •  Walau bagaimana pun, untuk kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang berlebihan (atau BMI untk umur antara 85th dan 94th percentile), mempunyai BMI yang tinggi mungkin disebabkan sama ada ketinggian kandungan lemak atau pun jisim lemak bebas (fat-free mass).
  •  Begitu juga untuk kanak-kanak yang kurus. Perbezaan BMI kebiasaannya disebabkan oleh perbezaan dalam jisim lemak bebas.









Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More