“Saya sibuk. Tak sempat masak di
rumah.”
“Makan di luar senang, cepat,
mudah..”
“Banyak pilihan tersedia..”
“Tak perlu bazir masa untuk memasak..”
Kata-kata di atas merupakan
antara jawapan yang sering diberikan apabila
di tanya mengapa makan di luar menjadi pilihan utama berbanding dengan
makan makanan yang dimasak sendiri di
rumah. Malah, kajian ada menunjukkan, pengambilan makan di luar
meningkat seiring dengan peningkatan pendapatan isi rumah. Tambahan pula, negara
kita Malaysia sendiri merupakan syurga
makanan dengan pelbagai pilihan tersedia daripada etnik yang berbeza. Hal ini
memudahkan serta meningkatkan lagi pilihan untuk makan di luar.
Persoalannya, selamatkah makan di
luar? Adakah cara untuk makan secara sihat dan bijak di luar?
Hakikatnya, makan secara sihat di luar bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang
perlu anda lakukan adalah membuat pilihan makanan secara bijak dan mengunjungi
tempat-tempat yang membolehkan minta makanan yang lebih sihat dan rendah lemak.
Tip-tip makan secara sihat di luar
ü
Pilih makanan yang dikukus, dipanggang, dibakar
atau direbus. Kurangkan pemilihan makanan yang digoreng.
ü
Ketika memesan makanan, pesan supaya makanan
yang disediakan lebih sihat seperti kurang garam, kurang minyak, kurang gula
dalam minuman dan lebih sayur-sayuran.
ü
Jangan terpedaya dengan gimik “menjimatkan wang”.
Pilih saiz hidangan yang “kecil” atau “sederhana”. Sekiranya saiz hidangan “besar”,
anda boleh berkongsi dengan ahli keluarga atau kawan-kawan anda.
Contoh pemilihan
makanan di luar
Jenis
masakan
|
Tip-tip
sihat
|
Pilih
kurang kerap
|
Pilih
lebih kerap
|
Melayu
|
ü Elakkan makanan yang dimasak dengan banyak santan.
Contoh: rendang, masak lemak.
ü Pilh masak pindang, asam pedas, sup tomyam.
ü Elakkan lauk goreng. Pilih yang dibakar atau yang di
panggang.
|
Nasi goreng paprik
|
Nasi putih paprik
|
Mi kari
|
Asam laksa
|
||
Ikan goreng
|
Ikan bakar
|
||
Pisang goreng
|
Buah pisang
|
||
Kuih seri muka
|
Pau kukus kacang merah
|
||
India
|
ü Elakkan makanan yang dimasak dengan minayk berlebihan atau
minyak sapi.
ü Elakkan minuman yang mengandungi susu pekat atau gula
berlebihan.
|
Roti canai dengan kuah
dhal
|
Tosai biasa dengan
kuah dhal
|
Nasi biryani (dimasak
dengan minyak sapi) + lauk
|
Nasi putih + lauk +
sayur
|
||
Vadai
|
Putu mayam
|
||
Ayam goreng
|
Ayam tandoori
|
||
Cina
|
ü Elakkan makanan yang dimasak dengan minyak yang berlebihan
ü Pilih lauk yang dikukus atau yang di panggang dan bukan
yang digoreng.
|
Nasi ayam dengan ayam
goreng
|
Nasi ayam dengan ayam
kukus & pak choy
|
Kuih-teow goreng
|
Kuih-teow sup
|
||
Wantan goreng, yong
tau fu goreng
|
Wantan dalam sup, yong
tau fu dalam sup
|
||
Char Kuey
|
Popiah basah
|
||
Barat
|
ü Pilih makanan yang disediakan dengan kuah berasaskan
tomato, dan bukannya berkrim.
ü Pilih buah-buahan segar berbanding kek, dan manisan yang
berkalori tinggi sebagai pencuci mulut
|
Ikan goreng + kentang
goreng (fish and chips)
|
Ikan panggang +
kentang bakar
|
Burger ayam + kentang
goreng
|
Sandwic tuna
|
||
Spageti carbonara (sos
krim putih)
|
Spageti marinara (tomato
dan makanan laut)
|
||
Donut
|
Bun sardin
|
Kesimpulannya, makan di luar selamat, dengan syarat anda
membuat pilihan makanan secara bijak dan sihat dengan mengamalkan tiga prinsip utama makan secara sihat iaitu makan secara seimbang, sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
No comments:
Post a Comment