Tuesday, 18 December 2012

Lemak!!!







Untuk mengurangkan lemak atau berat badan, kebanyakan mengatakan kita perlu mengurangkan lemak, tetapi lemak juga adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh. 
Apakah perbezaan antara jenis-jenis lemak yang diperlukan oleh tubuh kita dan apakah jenis lemak yang baik untuk tubuh?
Umumnya lemak dipercayai tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita. Lemak daripada diet membekalkan asid-asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan mesti diambil daripada makanan. Lemak juga membantu dalam penyerapan vitamin A,D,E dan K yang larut lemak (sebagai pengangkutan). Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Lemak yang tinggi dalam kalori dan akan meningkatkan risiko lebih berat badan atau obes.

Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis lemak. Lemak terdiri daripada asid-asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang berbeza. Jenis asid lemak yang utama ialah:

Asid lemak tepu
Menjadi pepejal pada suhu bilik dan biasanya diperolehi daripada sumber haiwan, iaitu daging, susu, produk tenusu, minyak sapi dan lemak khinzir. Sesetengah makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan juga mengandungi lemak tepu seperti santan dan minyak kelapa. 

Asid lemak tidak tepu
Jenis lemak cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya boleh didapati dalam makanan sumber   tumbuh-tumbuhan seperti minayk sayur-sayuran, kacang, biji benih dan sesetengah ikan laut. Terdapat dua jenis asid lemak tidak tepu:

a.   Asid lemak mono-tidak tepu: Sumber utama termasuk minyak sawit, minyak zaitun, minyak kanola,gajus, dan kacang tanah.

b.    Asid lemak poli-tak tepu: Sumber utama termasuk minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, dan ikan laut dalam.

Ada yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak,tetapi lemak juga adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh. Apakah perbezaan antara jenis-jenis lemak yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan apakah jenis lemak yang baik untuk tubuh?

UNTUK PENGETAHUAN ANDA...

MINYAK MASAK
Secara amnya, orang yang sihat boleh memasak dengan menggunakan minyak sawit (mengandungi gabungan asid lemak) yang lazim terdapat di pasaran. Anda boleh juga menggunakan campuran 1 bahagian minyak sawit dengan 1 bahagian minyak poli-tak tepu ynag lain.

Untuk menggoreng, dinasihatkan untuk menggunakan minyak sawit kerana ia lebih tahan haba. Minyak sawit tidak tepu (mono-tak-tepu dan poli-tak-tepu) tidak sesuai untuk menggoreng kerana minyak ini tidak stabil, minyak ini boleh digunakan untuk membuat salad dan menumis.

Jangan menggunakan minyak masak yang didapati telah berubah warna kerana komponen-komponen yang merbahaya mungkin terbentuk.




JENIS LEMAK YANG LAIN...


Asid lemak trans: Ia terbentuk semasa proses penghidrogenan minyak mono-tak-tepu atau poli-tak-tepu. Asid lemak ini dikaitkan dengan penyakit jantung, dan ia boleh meningkatkan risiko sesetengah kanser. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak trans seperti marjerin dan  lelemak yang telah mengalami proses penghidrogenan. Jika kita tidak menghadkan pengambilan lemak ini ia akan meningkatkan risiko individu menjadi obes

 Kolesterol: Didapati hanya dalam produk sumber haiwan, misalnya organ dalaman (hati,otak), telur kuning, udang, sotong dan produk tenusu. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol.

Justeru itu, kita hendaklah menjadi pengguna yang bijak untuk memilih minyak masak yang digunakan dan menghadkan pengambilannya untuk menjana gaya hidup yang sihat. Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan risiko diri menjadi obes.



RUJUKAN:
      1.      Persatuan pemakanan Malaysia: www.nutriweb.org.my
      2.      Persatuan Dietitian Malaysia: www.dietitians.org.my
      3.      Persatuan Kajian Obesiti Malaysia: www.maso.org.my










No comments:

Post a Comment