Untuk menurunkan berat badan, ianya tidak mencukupi dengan hanya
mengamalkan tabiat pemakanan yang baik sahaja. AKTIVITI FIZIKAL juga sama pentingnya.
Tetapi bagaimana caranya??
Ayuh
kita gerakkan badan, jadi aktif dan kekal
sihat! =)
Kecergasan dan tahap kesihatan yang baik boleh dikekalkan
walaupun anda tidak berjoging/berlari pada jarak yang jauh ataupun pergi ke gim
untuk bersenam setiap hari. Terdapat jenis senaman yang mudah yang boleh
membantu meningkatkan kadar denyutan jantung. Ianya dinamakan sebagai senaman
kardio!
Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita
menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling
bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan adalah aktiviti yang harus
dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala
aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti sedentari.
ianya harus dihadkan sebanyak mungkin.
Anda boleh bermula dengan aktiviti harian seperti naik dan turun tangga dan berjalan kaki ke tempat kerja atau kedai ataupun melakukan sesuatu aktiviti yang anda minat seperti berkebun. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh membantu anda untuk bersenam secara betul. Selepas itu, anda boleh beralih secara beransur-ansur kepada aktiviti regangan, berjalan cepat, senam aerobik, menari, dan berenang. Seterusnya, anda boleh teruskan dengan sukan atau permainan seperti badminton and berbasikal dan digalakkan untuk melibatkan seisi keluarga.
Sebelum dan selepas senaman, pastikan anda melakukan senaman memanaskan badan dan menyejukkan badan seperti regangan. Hal ini penting untuk menyediakan anda untuk senaman sederhana dan lasak. Selain itu, senaman memanas dan menyejukkan badan dapat membantu mencegah kecederaan dan kesakitan badan.
ü Untuk menurunkan berat badan,
aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana lebih daripada 30 minit setiap
hari adalah disyorkan.
ü Kira-kira 45-60 minit diperlukan setiap hari untuk mencegah peralihan daripada lebih berat badan
kepada obes.
ü Sejumlah 60-90 minit adalah
diperlukan setiap
hari untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan penambahan semula berat
badan di
kalangan individu yang pernah menjadi obes.
Sebaik-baiknya, tetapkan
matlamat penurunan berat badan yang realistik, iaitu ½ kg hingga 1 kg seminggu
Kesimpulannya, aktiviti
fizikal telah dibuktikan dapat melanjutkan jangka hayat anda tanpa mengira umur
dan saiz badan. Pastikan senaman menjadi rutin harian anda dan teruskan
berusaha untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai salah satu agenda penting dalam
hidup anda! ;D
assalamualaikum.
ReplyDeletesaya sekarang cuba untuk berjogging.
tpi masalahnye,
bila saya berada di rumah (rumah saya kawasan kampung)
saya segan nak berjogging. takut dipandang pelik oleh jiran. ada tak cara untuk saya kekal aktif?
waalaikumussalam..
ReplyDeleteuntuk kekal aktif tak semestinya hanya dgn berjogging je
tapi boleh jgk jadi aktif dgn melakukan kerja2 rumah
contohnya, berkebun..
dan..boleh ajak ahli keluarga untuk bersiar2 n berjalan2 di kawasan kampung
main badminton @ berbasikal sekeliling kawasn kampung dalam 30 minit sehari jugak ke..
aktiviti2 mcm ni bukan hanya dpt bntu kita kekal aktif,
tapi merapatkan silaturrahaim sesama ahli keluarga jgk =)
for burn fat in our body, we need to exercise at least 30 minutes continuously...
ReplyDelete